14 Januari 2010

Layan Manik

katanya pakai untuk majlis pertunangan, dalam masa 5 hari kak leha (kedai jahit) bagi tempoh. dalam hati memang kata tak sempat sebab time tula anak-anak nak memulakan persekolahan.
Alhamdulillah siap juga akhirnya dan kak leha berpuas hati.
~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

12 Januari 2010

Bapak berat........

Seperti biasa petang aku & baby akan tunggu abang dan akan balik sekolah, kalau bawa kete kene keluar awal sikit kalau tak nanti parking jauh sesangat.
bagi angah untuk 2 minggu ni adelah minggu suai kenal, so kami mak ayah ni takdela baget dia akan dapat buku teks dalam tempoh minggu suai kenal ni.
sekali habis kelas aku dengarla ade budak ni kecoh-kecoh beg berat... rupanya masing-masing dah dapat buku.
merata mata aku mencari angah sebab aku tahu angah tak mampu lagi nak pikul buku seberat itu.
semua buku teks yang angah dapat adelah 16 buah buku. kesian pun ade, bila angah nampak aku terus kata bapak berat beg angah ni ibu.... (dengar kawan kata latu).
memang betul pun berat sebab aku kene pikul 2 beg sekali masuk kete hehe

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

08 Januari 2010

Awal persekolahan 2010

Sekarang baru nak cerita.....

Alhamdulillah baik Angah mahupun baby takde siape pun yang menangis.tapi adela muka cebik sikit dekat angah time lepas bayar yuran SK sebab aku nak balik.

Angah suruh tunggu kat Pondok menunggu sebab die tengok ade mak ayah orang tunggu, aku anggukkan aje tapi sebenarnya terus ke kereta.

Sek. Agama angah langsung takde masalah sebab geng die masa kat PASTI ade satu kelas. itu pun sampai aku jumpa Ustazah die suruh duduk jauh-jauh.cuma angah macam susah sikt nak sambung-sambung jawi ni. (angah yang kata sendiri..) tapi aku akan kata abang dulu pun macam tu jugak tapi lama-lama nanti pandaila.

Abang Alhamdulillah takde masalah cuma nak minta ayah temankan masa kat S.K. katanya nak suruh ayah carikan tempat duduk depan.

baby start sekolah hari Selasa sebabnya hari Isnin Pendaftaran, Semangat nak sekolah baby ni tinggi sampai mandi pagi die dulu dari abang & angah.

suruh sarapan pun taknak, katanya kenyang (walhal takde makan ape pun). Sedangkan sekolah mula pukul 8.00.

Hari pertama & kedua Ibu hantar tapi lepas tu nak ayah hantar sebab katanya ibu lambat hehehe. memangla lambat sikit sebab aku nak hantar pakaian dan begsekolah SK abang angah.

sekarang dah hampir seminggu anak-anak sekolah, terasa gak sunyi rumah tu time aku cuti 2 hari. apepun harapan aku moga anak-anak berjaya di dunia & di akhirat.


Kebanggaan Ayah & Ibu

Untuk 2 minggu ni pakai baju sukan

Sekolah Agama... Ayah hantar terus duduk depan

Abang masih lagi jadi Pengawas

Q untuk bayar Yuran kelas Abang

Muka Serius

Penuh semua meja

Peace Ibu...

Kepenatan first day sekolah


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 Januari 2010

cuti lagi

seperti biasa ibu-ibu... bapak-bapak....
bagi mereka yang ade anak hendak melangkah ke alam persekolahan pasti akan mengambil cuti tahunankan????? (takkan awal tahun ambik MC kut hehehe)
ok, aku akan bercuti selama 2 hari. itupun kalau takde sape yang menangisla. kalau ade yang bunyi-bunyi macam anak kucing ke... tarik-tarik kain baju aku ke... harus ku tambah satu hari lagi.
abang akan melangkah ke darjah 3, angah pulak masuk tahun satu dan haziq ke tadika.
paling sedih laling tak dapat cuti sebab minggu ni die stanby, tapi takpe boleh masuk lewat sikit... (wajib temankan bini hahaha gelak syaiton)
lagi pulak sekarang terus bayar yuran, jadi aku rasa macam tak mampu nak pergi ke kelas abang sebab kelas 3 Pluto di tingkat 4... (kesiankan)
dan aku akan cuti jugak dari berblog-blog sampaila keadaan anak-anak dan aku sekali stabil.... poyo gilerrr.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

01 Januari 2010

Pendaftaran Sekolah Agama

Untuk sekolah KEB semua dah selesai, cuma tinggal yuran sahaja. sekolah agama baru bukak pendaftaran 010110 dan sesi suai kenal.
macam-macam ragam boleh kite lihat dari yang menangis tanpa suara sampaila menangis yang boleh satu kampung dengar hehehehe

biasala budakkan... ape yang die tahu?????
angah takdela menangis tapi sibuk cari kawan kelas mana. hangin jugakla aku ni. nanti orang semua dah ade tempat duduk awak baru terkial-kial cari kerusi.
sessi persekolahan akan bermula 04-01-2010

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

29 Disember 2009

3 Hari 2 Malam

Nak nangis ke???? Rasanya tak kut he..he… sebab laling tak pergi jauh pun.
Tapi 2 malam tu pening jugak memikirkan sape yang boleh temankan kami anak beranak kat umah ni.
Sebenarnya laling kene pergi Kursus JKKK kat Sepang sane tu.

Pagi tadi hantar anak-anak angah dah mengaruk tak tentu hala… baby ok je.
Marah sebenarnya ayah tu pergi kursus....

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

28 Disember 2009

Kenduri kahwin

Hari sabtu tadi lepas kerje balik solat terus pergi kuala kubu ade member sekolah kahwin.
Nak ikut rawang takut jalan jem, redah ikut highway keluar Tg. Malim (giler jauh)
Sampai umah kenduri hari pulak hujan selebat yang mungkin, nak tak nak turun jugakla.
Nasib baik lauk sedap he..he.. kire berbaloila walaupun jauh. Jumpala member sekolah yang dah hampir 10 tahun tak jumpa.
Time nak balik hujan dah agak reda tapi masa kat highway turun balik selebat-lebat hujan sampaila dekat umah.

Pengantin Lelaki adalah kawan sekolah kami semua...

Abaikan kaki seluar laling....



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'