21 November 2009

Ujian Menetapkan kelas

Pagi ni angah kene kesekolah kebangsaan untuk menghadiri Ujian.
Ujian ni tujuannya hanya satu untuk menentukan kelas bagi sessi persekolahan 2010.
Tapi nanti selepas 2 minggu orentasi akan ade satu lagi ujian yang dipanggil “KIA” kalau tak salah akula… (lupe da…)
Masa ni nanti sekali lagi pertukaran kelas yang akan kekal hingga akhir tahun.
Harap-harap angah boleh jawab soalan yang cikgu bagi
.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

20 November 2009

Birthday angah

Hari ni adelah ulang tahun angah yang ke 6.Syukur Alhamdulillah…. Angah dah semakin besar dan sihat.
Dulu angah ni masa kecik-kecik rajin semput, nak dikatakan setiap bulan mesti kene pergi klinik sedut kahak.
Tahun ni ingat nak buat kat sekolah angah tapi semalam cikgu kata last sekolah. So tak jadila nak sambut ngan kawan-kawan.
Tapi jajan semua dah siap…. Takpela kite sambut esok dekat rumah kenduri. Mesti lagi gempakkan???
Ibu doakan moga Angah menjadi anak yang soleh dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan InsyaAllah.

Ezwan Hazim Bin Azhar

20/11/2003

7.14 AM

Putra Medical Centre

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Terpaksa menipu (Part2)

Hahaha korang…..tipu sunat yer….
Baru lepas call abang, Alhamdulilllah dah reda sikit marah die tapi!!!!!!
Die Tanya kat aku:
Abang: Ibu dah call cikgu?
Ibu: dah
Abang: cikgu sape?
Ibu: cikgu Fatimah la….
Abang: bukan cikgu fatimahla ibu talipon cikgu azmi (guru disiplin)
Ibu: ialah jap lagi ibu call
Abang: lepas tu ibu call abang balik tau!!
Ibu: ialah.
Aku call laling bagi tahu hal ni. Laling kata cakap je dah call dari die ponteng sekolah.
Call balik abang barula ceria sikit nak pergi sekolah haha.. sampai baby cakap kat aku hidung abang dah merah…..

oklah semua dah selesai...
bermula esok anak-anak dah start cuci sekolah.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

kata dah cuti????? (part 1)

(penatnya kaki aku menekan minyak kete)
alkisah......
semalam lepas hari kecemerlangan abang kata esok (jumaat) dah tak sekolah.
hari ni pegi sekolah Agama sebab Cikgu janji nak bagi hadiah.
balik sekolah macam biasa aku call.
angkat phone terus menjerit kata sekolah keb. kene gi sekolah.
dahla baju sekolah tak bawah + kasut hitam masih basah kat pagar rumah!!!!!!.
okla ibu balik sekarang ambik.
jumpa bos bagi tahu nak balik jap.
balik umah ambik baju + beg pegila hantar.
sampai umah pengasuh bolehla gelak-gelak.... sekali abang tanya kasut?
aku jawabla kasut basah bla..bla..bla...
dah menangis kat situ gak. katanya hari ni ade jamuan pengawas. aduhhhhhhh penat aku nak kata.
hari ni cikgu tak marah punya sebab dah last day lagi pun abang takkan jaga kelas lagi dah...
tak faham gak... nangis lagi.
aku malas nak layan aku kata kalau abang nak jugak pakai kasut basah nanti ajak acik ambik kat pagar...haha. ade berani!!!!!!!
diam je die.
dalam perjalanan nak ke office aku suruh laling call abang konon nak pujuk die.
mengamuk jugak!!!!!!
pening dah kami ni. aku rasa takdela masalahla tapi biasala budak die takkan nak kalau benda tu tak complete.
contoh macam semalam, hari penyampaian hadiah. aku kata tak yah bawa beg sebab tak duduk kat kelas pun... silap2 beg abang campak kat tepi.
balik umah cite ialah ibu tak yah bawa beg bla..bla..bla...
letih dah aku menaip ni. stop dulula.
aku nak call anak kut-kut die boleh dengar kata balik.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Naik kelas?????

Aku tak tahu nak kata perasaan aku macam mana…. Tapi lebih kepada takut.. he..he.. he.. (poyo je)
Sek. Keb. Abang dapat No 4… Alhamdulillah die dapat 4A1B .
Tapi yang membuatkan ibu die resah je ni sebab abang kene masuk kelas no1. sekarang kelas no2.
Sah-sah saingan kat dalam kelas tu lagi powerkan??? Dah tu pulak abang kena jagi pengawas lagi tahun depan. Susah hati betul ibu ni.
Apepun moga abang menjadi contoh kepada adik-adik.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

18 November 2009

sejuk semacam

sebenarnya 2-3 hari ni asyik kene hujan je baik dari pagi mahu pun waktu petang.
kebetulan pulak laling baru baik dari selsema dan baby pun macam ala-ala batuk gitu..
sekarang kena kat aku pulakk. rasa macam nak tertanggal hidung, badan pun dah lemah sesangat.
selagi aku boleh tahan akan ku tahan.
kalau tak boleh tahan aku akan MC hehe.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

17 November 2009

Sekolah Agama..

Hahaha untuk akhir tahun ni abang jatuh ke no 13 dari no 8 pertengahan tahun tadi.
Peratus pun banyak lari… dari 92.8%jatuh ke 86.6%
Paper dia ade 100 ade 90 lebih ade gak 73 (itu paling rendah)
Dari ape yang aku dapat lihat kat markah anak aku … budak-budak sekarang memang sangat pandai.
Kalau tak didik anak kite dengan betul memang dorang akan jauh ketinggalan .
Agaknyakan budak yang periksa 1-3 tu mesti peratus dorang pun hamper mencecah 100& betul tak? Mana taknya semua subject di bolot 100 aje hehe.
Bak kata abang “asyik-asyik dania je no 1…. Bagila orang lain pulak!!!!”Aku cuba boleh kata kalau nak macam dania kene usaha lagi.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Jom layan jahitan pulak….

Masing-masing kata nak pakai pergi kenduri… pastu nak cepat he..he.. harus aku buat yang paling senang dan cepat.layan pic..




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

16 November 2009

Jual murah!!!!!

Takde maknanya nak jual…. Sedekah jela hehe
Petang semalam mak call kata kat umah tengah potong pokok rambutan.
Memang puasla makan tapi tapi banyak sangat semutnya…
Ni baru satu pokok yang di tebang itupun dahan belah kanan tak usik lagi sebab hujan dah turun time tu.
Jadi buah2 tu lepas dipisahkan biar berlonggok aje macam tu.
Sambil kemas tu sempat gak mak minta adik tolong hantarkan kat umah-umah jiran yang takde pokok rambutan haha.
Layan pic yang aku ambik pakai HP laling..

Kerahan tenaga

mak ngan ayah

merahnya mak ngah...

terselit buah pulasan mak ambik kat belakang rumah


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

15 November 2009

Angah dapat Hadiah

Sibuk dari hari rabu nak ambik hadiah..sebenarnya cikgu die kata hari jumaat ha..ha..ha..
Majlis ni di buat hanya untuk guru-guru dan murid Pasti sahaja. So kami mak bapak ni memang takde undangan.
Alhamdulillah angah dapat tempat ke2 dari 13 murid 6 tahun.
Jom kite tengok ape yang angah dapat…

sebelum tu....

2 beradik yang sangat comot...


tada... seperti biasa peralatan sekolah


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

14 November 2009

Menuntut Janji.

Periksa akhir tahun dah selesai.. sekarang masing-masing menunggu keputusan.
Baik abang mahu pun angah menunggu dengan penuh harapan sebab berjayakah mereka untuk bermain PS2 untuk tahun ni haha…
Dasyatkan kau?????
Janji ngan angah mesti dari 1 hingga 3 sahaja.
Abang 1 hingga 10 sebab kelas abang ramai sangat saingan terutama dari pelajar perempuan.
Ok nanti bila dah dapat result aku hapdet yer… kite tengok sape yang kene…
.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

13 November 2009

Petang khamis.

Masuk je rumah hujan selebat yang mungkin. Dalam hati Alahmdulillah dah ambik angah ngan baby, kalau idak ade yang mandi hujan hehe.
Tapi macam mana nak ambik abang??? Laling minggu ni stanby, pukul 6 baru nak balik… itu pun kalau kerje dah settle.
Dengan satu harapan sebelum pukul 6.15 hujan berhentila hendaknya….
Dekat pukul 6 tak jugak berhenti, takpela pegi awal sikit ke sekolah sebab nak cari parking yang dekat… (kete tak boleh masuk dalam pagar).
Sampai sekolah aku tengok ade gak kete yang park kat dalam… makcik ape lagi he..he..he.. ikut jela jejak orang yang awal tu.
Aku park dalam sebab nak tinggallkan yang berdua tu dalam kete…takkan aku nak punggah semua sampai kat sekolah.

Kalau parking kat luar pagar tu macam tak yakin pulak .
Lagi 5 minit 6.30 aku redah hujan nak tunggu kat atas… kesian pulak kat abang tu kang basah kuyub.
Nasib baik abang nampak ibu die… kalau tak jenuh gak nak cari sebab budak terlalu ramai.
Bila nak balik… hambik kauuuuu punyala jem jalan tu mengalahkan kesesakan Jalan Duta ha..ha...ha..
Ialah masing- masing datang kalau hujan tu naik kete.. pastu ngan budak-budak yang duk main hujan tengah-tengah jalan lagi… mana tak haru dibuatkan Jalan yang memang sempet tu.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

12 November 2009

Bungkusan pulak….

Tadi sampai satu kotak pos laju untuk aku.
Bila bukak baju lagi…. Kali ni dari kuantan katanya nak letak kat bahagian leher.
Raya haji pun orang nak pakai baju raya gak yer… bukan ke lepas solat nak kena kerjekan lembu??? Sendiri jawab daaa.

Rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

11 November 2009

Rezeki di pagi hari…

Kebetulan pagi ni rajin nak masak nasi goreng untuk bekal laling dan akuleee.
Dalam pukul 7.05 gitu phone aku bunyi.tengok nama kawan nano(adik sepupu).
Katanya nak hantar baju.. akak ade depan umah kau ni hehehe..elokla tu.
Dengan pintu rumah belum bukak, pagar segala… orang dah datang bawa rezeki.
Pop..pet..pop…pet… akak nak pakai 21/11 boleh tak untuk 2 helai ni?
Ala kak…. Kat kite ade 3 helai nak date yang same…hehe
Takpela saya cuba siapkan. Nanti ape2 hal saya call ok.
Sebenarnya tak best kalau kite menjahit manik dalam keadaan tergesa-gesa.
Kalau setakat kat tangan je takpe , ini depan baju pun semua nak… fining gak makcik nak settlekan.
Takpela akan ku cuba sedaya upaya untuk mengerah segala tenaga untuk siapkan he..he..he..



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Mulut haziq….

Baby ni mulut die memang tak boleh tutup… ade je point die nak bercerita,nak bertanya dan segala bendala..
Ade satu part laling solat zohor tak pakai baju, abang tegur kata mana boleh solat tak pakai baju.
Haziq jawab… takpela orang gemuk Allah tak marah kalau tak pakai baju…
Kalau kurus yelah berdosa..he..he..he.. aku tak tahu sape yang ajar baby kata macam ni.
Semalam masa aku jemput balik kerje baby boleh cakap ibu..ibu… ibu abang ami mengandung… aku ngaga mulut dengar baby cakap. Tahu ke die???? Fining aku ngan sorang ni.
Satu peel baby ni memang tak suka orang cium die kecuali aku sahaja..
Laling cukup suka menyakat nak sium-sium.. bukan cium taw!!!! Haha.
Kalau baby tak bagi ayah die cium nanti abang-abang die akan kata “ kalau tak bagi ayah cium ayah tak nak belikan mainan baby lagi”
Pastu baby akan jawab balik” ayah boleh sium baby masa balik kerje je. Bila ayah balik kerje nak cium baby akan kata lepas mandila… lepas tu masa nak tidur nantila….. bla..bla… sampaila ke sudah memang tak dapat sium punyala.
umur baru empat tahun, no talipon ayah dah tahu... bagus...bagus...
Apepun aku bersyukur Kepadanya kerana dikurniakan anak yang sangat bijak.

aksi lanun dalam umah





~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

06 November 2009

Abang taknak la….

Akhir tahun 2008 abang dapat surat yang mengatakan layak untuk menjadi pengawas bagi sessi 2009.
Suka sangat abang masa tu sebab nak balas balik kat budak darjah 1 suruh letak muka kat meja (masa die dulu pengawas suka suruh buat macam tu)
Sekrang ni dah pening sebab budak darjah 1 tak nak dengar kata.
Ade satu hari tu abang balik cerita budak kelas bumi (kelas yang abang jaga) mukanya berdarah.
Bila Tanya kenapa, abang kata tula akibatnya taknak dengar kata pengawas ha..ha…ha..ha…sebenarnya budak tu jatuh sebelum masuk kelas lagi.
Semalam balik sekolah keb, die kata tahun depan abang taknak jadi pengawas dah… budak darjah 2 yang abang kene jaga pun dorang tak nak dengar kata…
Sebenarnya aku memang suka je kalau die taknak sebab
~ masa pertama pelajaran dah banyak habis kat kelas orang lain.
~kadang-kadang tengah belajar cikgu panggil
~bila balik petang pengawasla yang paling lambat turun….
Untuk tahun 2010 akan datang tak tahula ape cite sebab hari ni baru habis periksa.. kite tengok jela nanti yer…



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Hangettt satu badan!!!!!!

Seperti biasa bila balik rumah aku Tanya anak-anak tentang keadaan dirumah pengasuh.
Cerita punya cerita baby boleh kata:
Baby: ibu…
Aku: yer
Baby: tadikan baby B*r*k pastu baby kene basuh sendiri….
Aku: sape yang suruh baby basuh sendiri???? Ibu pun tak pernah suruh baby basuh sendiri tau!!!!
Baby: abang ngah bu…. Tapi baby suruhla abang ngah pegangkan paip pastu baby gosokla….
Aku: acik mana?
Baby: acik ade kat depan tengah main GAMES!!!!!!!
Cuba kalau uols kat tempat aku, geram tak? Bersih ke anak berusia 4 TAHUN basuh sendiri????.
Kalau die takde ke, sibuk masak ke tak kisahla aku boleh terima… ini main games H/P.
Nasib baikla bulan ni last aku letak anak-anak kat sini (tapi die tak tahu lagi sebab aku nak tunggu sampai raya haji baru cakap).



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

05 November 2009

Kegembiraan yang berganda..

(Syukur Alhamdulillah)
Baru-baru nikan aku dah menang contest…. Dalam pada tu 2 minggu kami memikirkan tentang pengasuh anak-anak
Sekarang Alhamdulillah start bulan 12 dan seterusnya InsyaAllah, anak-anak duduk dengan mak angah (Pengasuh masa angah baby).
Sebenarnya janji ngan mak angah nak hantar awal tahun depan sebab tak nak nampak sangat dengan pengasuh sekarang yang kami nak tukar tempat. (dorang ni satu lorong)
2 minggu duk piker laki bini mana nak tinggalkan anak-anak untuk bulan 12 ni.
Anak-anak tak nak tinggal dah kat umah pengasuh sekarang ni sebab macam-macam hal yang aku sendiri pun dah letih nak pikir.
Malam tadi kami pegi umah mak angah dan die boleh jaga dari bulan 12. lega sangat hati bile die kata macam tu.

Pengalaman letak anak di tempat sekarang memang agak sukar untuk kami lupakan…

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 November 2009

Yeah!!!!! Aku berjaya……..

Tengah sibuk –sibuk kat meja tetiba kaunter depan intercom
123: ernie, datang depan jap ade surat untuk awak
112: (aku le) ok.
Pegila aku ke depan, tengok ade mamat pos laju…maknanya ade pos berdaftar untuk aku.
Ambik surat sign dan letak IC baru tengok dari mana….. suka sangat aku kat tempat orang…..
Balik meja call laling bagi tahu dapat surat dari Coffee-Mate, laling kata bukak barula terhengeh-hengeh nak bukak.
Aku dapat hadiah mingguan yang bernilai RM 300.00 Syukur Alhamdulillah.
Coffee_mate siap hantar cek kat aku, so kerje aku sekarang isi borang yang Coffee-mate bagi untuk mengesahkan yang aku dah terima cek tu.
Agak-agak nama laling kene tak???? Kite tunggu dalam seminggu ni yea…. Ok bye.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

02 November 2009

Kenari VS Alphard

Sape menang????????
Ha..ha…ha… mesti uols kata Aplhardkan?
Cuti hujung minggu kami ronda jauh sikit (biasa ronda keliling kg je)
Sampai kat satu simpang kota damansara sebelah kanan kete Alphard, anak-anak sibuk suruh lumba kete beso tu.
Aduiiii penat laling tekan minyak… kawan lagila laju (Alphard tu senyum je kat anak-anak)
Entah macam mana kawan tu masuk lorong kiri dan depan die kete wira yang agak romentik dijalan raya.
Peluang terbaik laling nak tunjuk kat anak-anak….
Masuk lorong kanan dan terus pecutttt…. Harusla kalah Alphard….
Si Ayah dengan bangga berkata kepada anak-anak
Ayah: sape laju?
Anak2: kenarila…
Ayah: habis angah nak ke beli Alphard?
Anak?: tak jadila sebab kete tu lambat….
Sebenarnya ade kisah di sebalik kete Alphard… kalau setakat ketupat memang boleh kami belikan untuk anak-anak…. Hu..hu…hu…


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'