30 September 2009

Baby rhindu sangat ngan ayah

Malam tadi laling call dapatla anak-anak borak ngan ayah mereka. Segala macamla soalan budak-budak tu Tanya sampai letih ayahnya nak menjawab.
Bila time nak tidur sambil cerita pasal ayah tetiba baby cakap “baby rhindu sangat ngan ayah, nape ayah balik lambat lagi? Nanti ayah balik baby nak cium ayah banyak kali”
Lagi sedihla aku ni dengar die cakap… nasib baik dalam bilik tu aku dah tutup lampu, kalau idak mesti dorang namapk aku hujan huhu.

ape pun aku kene kuat demi anak-anak


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

28 September 2009

aktiviti hari ahad

(Aku buat semua ni sebab tak nak teringat sangat kat laling..kalau tak nanti aku hujan lagi)
pagi tu dah siap segala kerje rumah, sidai kain, buat sarapan anak-anak, bagi ikan makan aku lepak kat umah mak mentua (mak mentua takde sebab die pun pergi sekali) akak ipar ade dan anak die pun balik.
bawala segala barang jahitan aku dan lepak sampai tengahari, balik rumah lepas tu masak untuk tengahari pulak. balik-balik arial tv pulak buat hal... dah bersemut-semut tv tu. (sape yang pernah baca N3 aku sebelum ni mesti tahu areal tv aku macammana)
dah siap makan pergi rumah mak pulak nak panggil adik minta tengok-tengokkan areal tu sebab aku memang tak pandai.
bila datang adik gelak besar die tengok areal tv tu huhu... buat-buat tak jadi last-last die layan cd.
dalam pukul 4 macam tu nak pergi rumah angah sebab die buat open hause, memula malas nak pergi sebab laling takde tapi hari tu sebelum laling pergi die pesan nanti pergila rumah angah... minta adik-adik bawa kete @ tumpang dorang.
dah pagi tu angah call suruh datang gak petang ni.sementara tunggu pukul 4 tu ingat nak sambung menjahit rupanya mak teh pulak datang (adik mak) lepak sampai pukul 4 dan aku pun pergi saujana tumpang mak teh.
sampai sana kamila orang memula sampai, tolong la buat ape2 yang patut sampaila makcik-makcik yang lain datang.
time nak balik tumpang mak pulak, kebetulan abg.cik nak cari katil kahwin die...ikutla kami anak-beranak semalam sampai ke rawang.
rasa bersalah gak sebab aku berjalan jauh-jauh tu laling tak tahu.. aku tahu laling takkan marah tapi bagi aku ape yang aku buat laling mesti tahu.
lagi pun takdela aku rasa sunyi sangat kalau duduk kat rumah je.
sampai rumah dalam pukul 7.30 macam tu tengok jiran sebelah takde... adusss makcik dah takut tapi buat muka selamba sebab tak nak anak-anak perasan.
Alhamdulillah dalam pukul 8 macam tu jiran balik... takdela takut sangat
Baby yang tak tahu diam
di satu sudut

husna ni bila dia bangun tidur mak die tak boleh buat ape dah... akula yang kene tolong mak die

Abang Cik & Tunang
salah satu kedai perabot yang kami singgah

makcik yang bosan tahap gaban huhu




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

26 September 2009

Saat Yang memilukan

poyo je tajukkan????
waktu yang dinanti sudah pun sampai.... laling pergi jakarta selama 8 hari. sejak berkahwin selama 8 tahun ni aku tak pernah kene tinggal... sekali kene sampai 8 hari.... menangis tak berlagula makcik kat umah ni.
laling kata bukan abang nak pergi berperang pun.... (benci je ayat ni bila dengar) tapi dek sebab tak pernah pisahkan.... tu yang sedih giler-gilerla konon huhu
masa hantar laling kat kamuter sg. buloh, air mata aku ni memang tak boleh di bentung lagi sepanjang jalan.lagi-lagi time nak salam ngan anak-anak. baby yang tak suka ayah cium pun boleh bagi ayah cium pipi then nangisla 3 beradik tu.
aku ingatkan laling kebal... ialahkan kata bukan nak pergi perang pun.... mengalir gak air mata laling masa pesan ngan anak-anak.
apepun semoga laling selamat pergi dan selamat pulang.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

24 September 2009

Hari Raya Hari Bahagia

Aku percaya semua blog kawan-kawan pun akan bercerita tentang sambutan hari rayakan???.
begitu jugak dengan aku, memang meriah bila kite dapat berjumpa dan berkumpul beramai-ramai dengan saudara.
tapi bagi aku raya kali ni tidakla gembira sangat rasanya...... raya keenam nanti laling dah nak terbang ke Jakarta selama 8 hari. Aku tak mampu nak menulis panjang.... layan pic yer.


Pagi Raya di rumah mak

ikut pangkat hingga menjadi bulatan

di rumah nenek menunggu giliran untuk bermaaf-maafan

sepupu lelaki

Raya ketiga


lepas ni mesti tuan rumah serik nak jemput kami huhu

salah satu jalan 'dalam' kat area tanjung karang

masing-masing jakun naik GL termasuk mak ngah huhu

sebahagian dari adik-beradik ayah

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

15 September 2009

Angah exciden….

Hari ni aku buka posa kat umah mak lagi sebab laling buka kat luar dan angah pun kalau hisyam tak balik die akan buka kat rumah mak then baru balik saujana.
Kebetulan semalam pengasuh yang menjaga anak-anak angah cuti sebab ade kematian. Afnan tinggal kat rumah nenek dan husna ikut ibu die pegi kerje huhu…. Balik petang aku dah call mak awal-awal yang aku datang lewat sikit sebab nak ambik abang balik sekolah.
Dekat pukul 6 angah tak gak sampai rumah… rupanya exciden kat jalan duta. Banyak kete yang kene sebab brek emergency dan kerete depan angah langsung takde lampu brek belakang… jadi macam mana angah nak tahu die jalan ke , brek ke…. Sebab memang takde tanda.
Angah cite ramai betul yang tukang duk tarik kete offer nak buat… tapi angah keras sebab tunggu adik datang . nasib baik khairul belum kuar office (office pun area situ gak)
Khairul datang tengok ape yang patut,then die follow angah dari belakang.
Kami kat rumah risau sangat dengan husna, tapi alhamdulillah kata angah husna tidur sepanjang jalan . layan pic sebab aku tak tahu nak kata ape dah.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

14 September 2009

buka posa kat rumah mak

Hari ahad tadi aku jumpa mak kata nak buka posa kat umah… rupanya angah pun same nak buka sekali kat rumah mak… yang paling seronok tentula ayah aku sebab tengok anak menantu die semua ade.
Suami angah ni kerje kat trolak, jadi 2 hari sekali baru balik jumpa anak bini…. Sah-sahla jarang jumpa mak ngan ayahkan.
Buka kami makanla ape-ape kuih yang ade sebab nak kejar maghrib… lepas solat tak sempat tunggu ayah ngan laling balik masjid…. Terus makan nasi .
Layan pic yer

semua mak masak



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

13 September 2009

Cuci mata lagi yer

Kali ni aku buat semua kain chiffon. Memang sakit jiwa nak menggayakan kain tu. Apepun aku berjaya gak menyudahkan semuanya. Layan pic yer

kain lining nak buat yang simple sahaja

Bahagian Leher

Bunga Labuci


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

12 September 2009

sahur Orang malas

2-3 menjak ni laling kata sayur malas nak makan nasi, katanya nak makan roti je…so banyakla stok roti kat umah termasuk roti untuk 2 beradik yang tak posa tapi ngaku posa hehe.
Satu pagi time nak sahur, segala roti dah takde tinggal seketul roti tesco. Aku duk pikir nak sahur ape yer… nak masak nasi malas. Last-last kuarkan daging burger aku goreng dengan api yang kuat (nak cepat masak).
Goreng 2 ketul konon sorang satula… last2 aku punya pun laling kebassss…. Macam manala nak diet u. esoknya time sayur aku belasah goreng 3 ketul terus haha makan sepuasnya.



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

11 September 2009

sesi mencari harta karunnnn

Banyakla harta karun makcik oiiiii. kunci umah hilang da.... mana laling letak pun tak tahu huhu letih dah membongkok-bongkok kat semua tempat nak cari.
ape yang penting kunci tu hilang dalam umahhhhh. boleh ke hilang???
macam ni... malam tadi laling kuar jumpa kawan dalam 10.30 macam tu, tak lama pun kuar, balik terus kunci pagar dan kunci pintu.lepas tu katanya time nak tidur memang biasa tengok kat tempat yang selalu kami gantung kunci.
sekali tengok kunci umah takde, cari-cari pun takde gak... last2 laling ambik kunci spay gantung kat tempat tu.
pagi tadi sahur aku pun pelik nape kunci ni letak kat sini....rupanya kunci aku tu dah ghaibbbbb. balik petang ni aku nak suruh DOREMI tu pulak cari huhu

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

09 September 2009

N3 pasal Manik lagi

Antara koleksi baju raya custemer yang dapat aku siapkan

lengan baju ni buat pintal 3 layer sebab potongan tangan sangat lebar dan hujungnya hanya dibuat jahit tepi sahaja

kali ni double layer pulak sebab makcik dah tak mampu nak buat tabur...

tabur atas permintaan tuan punya kain... katanya nak letak batu sekali.... nasib baik bukan batu bata haha

tabur jugak. cuba yang ini pakai manik padi sahaja



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Berbuka di The saujana subang


Semalam Eurocopter belanja dept. laling buka posa, tahun lepas dorang belanja kat One Wold huhu memang classss. Seperti biasa balik umah siap mandikan anak-anak , aku kemas umah sikit sementara tunggu laling balik.
Pukul 6 kami gerak (macam jauh sangat yer) ikut jalan subang airpot tu dekat aje lagi sekarang jalan baru lurus aje.
Sampai-sampai sekor pun dept laling tak datang lagi…. Cop tempat dulu, cari tempat yang anak-anak kire selesala…. Ha kau belum ape-ape lagi satu piring dah pecahhhhh baby punya kerje. Bila Tanya katanya nak pukul nyamuk tapi terkene pinggan.
ini orang dah pecahkan satu piring
Bila orang dah ramai kami ambikla ape makanan yang nak di makan…. Aku segan nak ambik gambar nanti orang kata poyo pulak… memang banyak makanan kat sini sampai tak tahu nak makan yang mana dulu…. Meja pun dah penuh dengan makanan sampai pelayan tu berdiri je kat tepi meja kami nak cari pinggan kotor haha.Lepas buka pergi solat maghrib then sambung makan sampai pukul 9…. Sambil makan tu macam-macam ragam manusia yang kami jumpa termasukla……. Layan pic yer

huhu selalu nampak kat tv je malam tadi kat sebelah kami

wife die pun ade gak.... tepi tu anak die tapi masa tu tengah bersembang dengan seseorang

tu diaaa.... memang mamat ni tak tenang nak makan. nasib badanla duduk kat tempat orang lalu lalang





~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

07 September 2009

Pasar Shah Alam

Hari ahad tadi kami anak-beranak pergi pasar shah alam… keluar awal gakla (bagi kamila) dalam pukul 8.45 macam tu… sebetulan malam ahad hujan tadi pagi tu takde la panas sangat. Sampai sana ya ampun umat manusia punyala ramai tak tahu nak kata…. Bak kata laling lebih ramai daripada biasa. Nak cari parking punya seksa sampai 2/3 kali pusing nak mencari yang dekat (harus kene dekat…kalau idak balik nanti ade yang kene dukung).
Sebelum turun kereta topeng masing-masing wajib pakai, kalau tak pakai kene tunggu kat kereta huhu semua tak sanggup.

tak nampak jalan daaa

boleh ke jalan kalau macam ni

Tujuan utama adelah nak mencari baju aku le hehehe habis semua lorong kami pusing sampai satu lorong aku dah serender kalau takde gak balik jela.
Alhamdulillah aku jumpa warna yang aku nak dan saiz die pun ngam ngan aku.anak-anak pulak suruh beli bangungan…. Entah ape mainan pun aku tak tahu. Jumpa kat satu kedai yang murah terus beli takde nak pikir2 lagi,kalau tak nanti ade pulak yang guling-guling kat jalan tu haru dibuatnya. Dalam pada jalan-jalan tu adela jumpa orang duk jual haiwan-haiwan yang boleh dipelihara, angah memang suka benda2 ni... merengek ngan ayah suruh beli ikan…. Aku tak tahu ikan ape tapi kata orang tu ikan ni tahan lasak dan ade sepasang dalam bekas tu.
Dekat pukul 12 baru kami masuk kete, masuk je laling kata kite pegi tesco jap nak beli makanan kucing atuk ngan beras, masuk dalam tu sejuk badan weii…… tapi makanan kucing takdela pulak….
Balik rumah dekat pukul betul2 azan zohor, memang penyek habisla kami . kebetulan baby memang tidur dalam kete sampai umah die sambung balik…senang sikit kerje aku.
Lepas zohor aku bantai tudur sampai 3.30 petang , bila bangun baru hilang penat…time tula baru nak bagi 2 beradik tu makan (jahatkan ibu ni)… tapi masa dalm kete dorang dah bantai makan roti dahhhhh.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 September 2009

Ramadhan 12

Semalam balik memang kelam kabut sebab abang balik sekolah pukul 5.30, laling pulak minggu ni stanby balik pun 5.30 petang. Memang aku alik 4.30 tapi campur tolak tambah jalan jem, ambik angah ngan baby dah berapa minit… tu belum kire nak solat lagi.
Aku sempatla goreng ikan, sayur kacang boncis dan udang goreng. lauk yang lain semua panaskan balik.(tak baik membazir).
Lepas mandi nak siapkan hidangan mak mentua datang hantar pecal ngan bubur jagung... fuhhh macam tahu –tahu je aku nak makan bubur.
Mak mentua siap cakap nanti bekas-bekas yang lama tu hantarrrrr huhu aku jawab balik bekas mak tak banyakla kat kami hehe (sebenarnya ade satu plastic besar bekas mak tak pulangkan lagi). Tunggu plastic tu penuh baru aku nak suruh laling hantar huhuhu…
Layan pic ni yer….

Buka ngan anggur sebab kurma dah habis


kek beli kat pasar Paya Jaras...sedap sangat

Pecal Mak mentua hantar

Bubur jagung mak


Menu semalam... ( makan 5 beranak tapi penuh satu meja)







~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

SUATU PERJALANAN

Aku dapat artikel ni dari email…. Moga ianya memberi manfaat buat kite semua.Sedikit bingkisan rasa untuk dikongsikan bersama.
Semoga Allah memberi kita keberkatan atas apa jua usaha yang murni dan mendoakan kita beroleh kejayaan selalu, InsyaAllah.
"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."
Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang.
Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka: 1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah 2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG" Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata." Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata."

Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

02 September 2009

Baby posa????

pagi tadi masa aku ngan laling bangun sahur baby pun bangun tapi katanya nak susu aje.sambil aku panas-panaskan ape yang patut aku buatkan susu sikecik ni... ingat kut die nak sambung tidur balik rupanya idakkkkk.
dah siap makan kejutkan abang pulak..turn die pulak sahur, malas nak kejut awal sebab die sekolah nanti mengantuk pulak. tengah-tengah makan angah boleh bangun pulak siap kuar bilik lagi duduk kat depan, tak lama lepas tu baby pulak kuar bilik..aduhai subuh-subuh rumah dah riuh.
angah ngan baby minta makan... katanya nak sahur dan aku layan jela peel 2 beradik tu sebab bagi aku macam dorang sarapanla makan koko crunch.
tadi aku call anak-anak pengasuh tu kata baby tak minum susu lagi... terkejut aku dengar. aku call biasa dalam pukul 11.40 sebab anak-anak dah balik sekolah agama
Aku: baby tak nak minum susu ke?
baby: baby posa la ibu.... mana boleh minum,tak boleh makan... apela ibu ni itupun tak tahu (sabo je aku dengar)
aku: takpe kalau baby tak nak minum susu baby minum air masak ... (aku kesian... memang niat nak ajar tapi baru 4 tahun daaa)
baby: mana bolehla... semua tak boleh... dahla ibu baby nak main.
aku: panggilkan abang.
aku: abang tanya adik tu nak susu tak. takpela kalau adik2 tak larat suruh je minum.
abg: jap abang cakap... (aku dengar ayat die kata kat adik2 die) * Angah,baby takpe posa setengah hari... nanti boleh raya jugak....*
melompat 2 beradik tu sebab abang kata nanti boleh raya... akhirnya minum jugakla susu tu..
aku tak sampai hati pulak nak suruh sampai petang... takpela pelan-pelan nak ajar anak-anak ni posa....

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

01 September 2009

Peel Pengasuh

Pagi tadi hujan sangat lebat kat sg. Buloh. Rasanya kat tempat uols pun mesti hujankan???? Nasib balik laling MC hari ni… boleh tolong aku hantar anak-anak.tengah siap-siap pakai tudung tetiba phone rumah bunyi
Aku: ello
Call: ernie
Aku: yup
Call: hari ni macam biasa yer…
Aku: sape ni??? Biasa macammana kak?
Call: harikan hujan … akak nak hantar abang pegi kerje dulu,ernie letakla baby kat umah MIL nanti akak ambik.
Aku: okla… terus letak
Untuk mengetahuan uols pengasuh ni memang tak duduk diam. Ade je tempat die nak pergi. Memula aku tak tahu..bila dah letak anak-anak barula aku tahu.
jaga sebulan 2 okla. Sekarang macam-macam benda anak-anak cerita pasal pengasuh ni.tu belum lagi anak-anak die marah kat anak-anak aku…..
Aku tak kisah kalau nak marah tapi mesti ade sebab …. Ini idak suka-suka nak marah, nak kata aku bayar lambat… tak pernah lagila kami bayar kat die sampai 30/31 hari bulan… paling lewat pun 26 hari bulan, takkan la sampai aku nak kene beli ikan bawang bagai kutttt .
Kalau setakat biskut, kentang nugget dah selalu hantar…. Entahla kami dah tak tahu nak pikir macam mana lagi pasal pengasuh ni.
Cuti sekolah baru ni abang suruh aku cuti seminggu sebab die taknak duduk rumah pengasuh… lama-lama bila pujuk okla abang boleh terima … tapi uols… sejam sekali call ibu die hehe.
Ape pun moga Allah memberi kami kekuatan untuk terus berhadapan dengan karenah pengasuh ini.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'