22 Julai 2009

Ahad yang lepas

Hari Ahad pulak tak boleh nak kemana sebab kete tak elok lagi, laling belikan roti canai sebab anak-anak suka makan tapi aku tak berapa suka sangat…
bila kami dah kenyang barula mak aku call suruh datang umah sebab mak masak nasi lemak. Masa tu dah dekat 10.30 pagi, aku kata jap lagila sebab baru lepas makan.last2 pegi dekat pukul 12.00 terus makan tengahari. (kes malas nak masak)
petang layan pokok rambutan kat umah mak mentua pulak. Pokok ni ade sebelah tengah berbunga, ade sebelah tu tengah nak menjadi dan ade yang dah masak.
laling jolok, anak-anak kutip dan aku tukang makan da…. Tapi sambil tu aku kopekkan untuk anak-anak

Hasil Kutipan Anak-anak

Dekat 6.30 petang kami stop jolok buah pegi ronta kg. pulak naik moto lima beranak.. korang bayangkan macam mana kami naik moto??? Tak kisahla yang penting kami sejuk.
Lalu umah mak aku pastu manpak angah anak beranak ade, kami pun singgah sebab nak tenguk husna. Geram je aku tengok si kecik ni berjalan tapi husna cukup takut ngan laling aku.okla stop dulu kat sini. Layan pic

Atuk pun nak peluk una

3 Beranak

Saidatu Husna@Una

Tiada ulasan: