10 Disember 2009

Layan manik …..

Untuk 3 minggu ni aku stop dulu pegang-pegang manik. Aku nak bagi laluan kat projek tergendala….
Haha takdela benda pun projeknye… nak sambung jahit baju kurung dari raya puasa lagi.
Laling pun dah bising nanti katanya mesin tu akan rosak kalau lama tak pakai.
Baru ni kedai jahit tempat biasa tempah baju tu call suruh ambik baju orang nak tambah manik.
Tapi aku kata tunggula lepas aku balik bercuti… boleh ke gitu????? Biole…
Ok layan pic yang hujung bulan lepas siapnya.
Depan Baju


Tangan Sahaja


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

09 Disember 2009

Mak gi jalan-jalan cuci mata

Malam ahad tadi adela singgah jap umah mak sebab nak bagi duit sikit pastu nak kirim beli telekung, kata indon telekung cantik-cantik….
Mak aku pergi harusla dengan ayah pastu dengan semua adik beradik mak.
Petang ahad tu aku adela cakap ngan laling nak kirim beli kain dengan makteh pulak (adik mak).
Laling siap pesan kat aku nanti Tanya mak kat mana ade jual almari baju yang murahhhhhh(menci betul aku dengar ayat ni).perli baik punya ok.
Malam tadi laling kata mak kirim salam pastu mak pesan tengok-tengokkan adik kat umah (sebakla pulak).
Pagi tadi masa nak hantar anak-anak ingat nak singgah umah mak tapi dah jumpa adik kat umah nenek… katanya dorang tidur kat umah nenek. Okla sikit aku dengar.takpe petang ni @ malam aku ingat nak ajak laling tengok adik-adik kejap.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan keb
enaran'

08 Disember 2009

laling & bowling

Hahaha game ni memang tak boleh dipisahkan dalam hidup laling. Setiap hari isnin malam selasa memang laling akan balik malam. Tapi kalau anak-anak Tanya aku akan kata ayah dorang banyak kerje.
Kalau angah tahu sah-sah die nak ikut sekali.
Katanya bulan ni ade pertandingan… tapi minggu depan laling tak dapat nak joint sebab kami nak gi bercuti.
Balik malam tadi macam nak tertutup dah mata… nasib baik dah mandi petang kat office.. takdela nak mandi tengah-tengah malam.pagi tadi lepas subuh sambung zzzzz haha


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Sambung Shopping

Pagi ahad lepas sarap hantar angah tusyen kat Saujana Utama,
kata pengurus kalau di ikutkan memang start belajar hari tu jugak. Kami tunggu sampai 10.15 sorang cikgu pun tak sampai lagi.
Laling siap masuk kete sambung zzzzzzzz.
Bila mak bapak budak dah ade yang balik baru pengurus tu bagi tahu aku yang hari mungkin tak dapat nak teruskan kelas.
Die kata nanti bayaran kite potong untuk satu hari yang tak belajar.
Balik umah suruh anak-anak basuh muka, laling luruskan ape yang patut.. hehehehe .
Pergi pulak pusat pakaian hari-hari kat Bandar baru…. Kes seluar takde saiz semalam kan…..
Start mengamuk lagi nak beli beg sekolah. Seperti biasa kami diamkan aje.
Belah tengahari banyaknya jemputan kahwin, paling selamat pergi lepas solat zohor. Senang takde pikir nak berhenti solat.
Cuaca pulak kejap panas kejap mendung… pegi je mana yang sempat.
Bila petang takde buat ape aku keluarkan beg sekolah yang tersimpan tu untuk dibasuh. Baru diam mulut angah…. Siap pilih beg untuk sekolah Keb.& Agama.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

07 Disember 2009

Persediaan Awal

Sabtu tadi lepas solat zohor kami ke Tesco Shah alam nak mecari baju sekolah angah.
Alahamdulillah orang takdela ramai sangat kat area barangan sekolah tu… mungkin awal lagi kut.
Punyala seksa nak suruh angah mencuba setiap helai baju tu…hangin je aku… die duk sibuk nak suruh beli beg. Sedangkan kat umah beg sekolah angah je ade 4.
Dah selesai bab baju jalanla ke bahagian lain pulak… Abang ngan baby takdela nak minta beli yang bukan-bukan.
Tapi kalau angah…… SATU TESCO nak dibelinya.. siap menangis bagai… sampai satu tahap kami buat tak layan je.
Keluar tesco nampak pulak kete banyak parking kat stadium Shah Alam… rupanya ade jualan Metrojaya.
Laling ajak singgah…. Sebelum turun kete aku siap warning kat 3 Doremi tu “ sorang buat perangai ... 3 kepala ibu lagakan”.
Punyala ramai umat kat dalam tu sampai nak jalan kene tolak-tolak… last keluar takde beli ape sebab MAHAL jugakla bagi kami. (sebenarnya takde benda nak beli pun).
Balik umah barula terkial-kial nak test semua baju. Masa tu baru angah perasan seluar sekolah keb takde.
Angah Tanya nape ibu tak beli suar angah? Nanti angah nak pakai seluar ape?
Aku kata tadi masa kat tesco sikit pun angah tak heran pakaian angah…. Tak payah beli seluar… angah pakai je spender pegi sekolah…..(sebenarnya takde size kat tesco)
Diam je angah mungkin die tahu salah kut.
Malam tidur awal sebab kepenatan menangis, mengamuk dan segala bagai perangai angah. (sebenarnya esok aku nak hantar gi kelas)


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 Disember 2009

First day

Petang balik ambik anak-anak hujan masih renyai-renyai gitu… anak-anak pulak duk sibuk tengok nenek kebaya.
Aku masukla umah pengasuh ni…borak pasal anak-anak sambil minum ‘teh kosong ha..ha….
Agak-agak anak dah tak nak makan biskut aku ajak balik.
Balik pulak kene pusing jauh siktla kononnya sebab kalau ikut lorong yang sama nanti pengasuh yang lama perasan.
Sampai umah dalam 5.40 macam tu laling dah balik hu..hu..hu… nasib baikla laling faham takde nak bising-bising.
Masuk umah semuanya nak bercerita ngan ayah tentang suasana kat umah mak (panggilan untuk pengasuh)

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

02 Disember 2009

Syukur Akhirnya….

Salammmm semua!!!!!
Dah bersawang sikit umah ni, maklumla makcik sibuk sikit kat sini… nak kejar anak-anak, raya haji lagi hahaha (yolatu).
Okla sebenarnya takde benda nak cite pun… raya haji pun dah lama lepas.
Cuma sekarang anak-anak dah duduk kat umah pengasuh yang lain dan anak-anak pun bebas nak buat ape saje aktiviti .
Sebenarnya last kami hantar anak-anak kat umah pengasuh yang lama 24/11/09. esoknya laling jaga anak-anak sebabnya masing-masing memang dah tak nak duduk kat situ lagi.
Apepun aku bersyukur kerana Allah masih lagi mendengar dan memakbulkan permintaan hambanya. InsyaAllah.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'