Memaparkan catatan dengan label suka-suka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suka-suka. Papar semua catatan

26 Disember 2009

Anak CT ke?????????

Laling balik malam Tinggal aku ngan anak-anak kat umah.
Lepas isyak dah puas tengok TV ingat nak sembur nyamuk kat bilik.sekali nak masuk nampak benda kecik je kat depan pintu.
Puas telek tapi tak dapat agak. Nampak macam dah mati sebab langsung takde gerak.
Ambik gambar dan hanta MMS kat laling, tak lama pastu laling call kata mungkin anak CT. aku pun tengokla sekali lagi…. Rupanya masih hidup.
Menggigil kepala lutut sebab takut. Suruh laling call adik dating umah nak buang binatang tu.
Laling kata tekup je ngan bekas supaya tak gerak.nanti balik laling buang.
Aku buat je ape yang laling suruh sebab memang aku takut & geli.
Dalam pukul 11.00 macam tu laling balik terus buang kat belakang umah.

sekali tengok macam dah mati

duduk kau dalam tu sampai laki aku balik!!!!!!!



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

25 Disember 2009

System Down

Hari ni dah masuk hari keempat UBS tak boleh masuk…. Banyak kerje semua kena buat manual.
Nasib baik Internet laju ha..ha…ha…
Setakat nak issu Cek @ Voucher boleh lagi tapi kalau nak tengok Outstanding…. Memang menangis!!!!!!!.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

24 Disember 2009

Mee goreng mamak

Bulan lepas kalau tak salah aku lepas balik kedai mamak terus aku loya tak tentu hala.
Taubat tak nak makan kat mamak… laling pun dah pesan tak payah gatal nak makan kat kedai mamak.
Hari ni entah aoe gatai nak jugak makan mee goreng mamak tapi kedai lain pulak.
Hambek kauuuu balik office naik tangga pun tak larat…. Pening, loya, letih semua cukup.
Nape yer aku tiap kali makan mee mamak jadi macam ni????.

Lepas ni serik la kut haha.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

19 Disember 2009

Hai....

Salam semua......
baru balik bercuti. tak sempat nak update.
tunggu nanti yer kite tepek gambar.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 November 2009

Yeah!!!!! Aku berjaya……..

Tengah sibuk –sibuk kat meja tetiba kaunter depan intercom
123: ernie, datang depan jap ade surat untuk awak
112: (aku le) ok.
Pegila aku ke depan, tengok ade mamat pos laju…maknanya ade pos berdaftar untuk aku.
Ambik surat sign dan letak IC baru tengok dari mana….. suka sangat aku kat tempat orang…..
Balik meja call laling bagi tahu dapat surat dari Coffee-Mate, laling kata bukak barula terhengeh-hengeh nak bukak.
Aku dapat hadiah mingguan yang bernilai RM 300.00 Syukur Alhamdulillah.
Coffee_mate siap hantar cek kat aku, so kerje aku sekarang isi borang yang Coffee-mate bagi untuk mengesahkan yang aku dah terima cek tu.
Agak-agak nama laling kene tak???? Kite tunggu dalam seminggu ni yea…. Ok bye.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

02 November 2009

Kenari VS Alphard

Sape menang????????
Ha..ha…ha… mesti uols kata Aplhardkan?
Cuti hujung minggu kami ronda jauh sikit (biasa ronda keliling kg je)
Sampai kat satu simpang kota damansara sebelah kanan kete Alphard, anak-anak sibuk suruh lumba kete beso tu.
Aduiiii penat laling tekan minyak… kawan lagila laju (Alphard tu senyum je kat anak-anak)
Entah macam mana kawan tu masuk lorong kiri dan depan die kete wira yang agak romentik dijalan raya.
Peluang terbaik laling nak tunjuk kat anak-anak….
Masuk lorong kanan dan terus pecutttt…. Harusla kalah Alphard….
Si Ayah dengan bangga berkata kepada anak-anak
Ayah: sape laju?
Anak2: kenarila…
Ayah: habis angah nak ke beli Alphard?
Anak?: tak jadila sebab kete tu lambat….
Sebenarnya ade kisah di sebalik kete Alphard… kalau setakat ketupat memang boleh kami belikan untuk anak-anak…. Hu..hu…hu…


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

30 Oktober 2009

Salam........

hai kawan-kawan....
lama dah rasanya tak update.
penyakit malas tetiba menyerang...
lagi pulak anak nak periksa minggu depan... lagi makcik poning hehe.
pastu duk memikirkan "alasan yang paling bagus" untuk aku bagi kat pengasuh sekarang.
ape pun ade free saya tetap terjah blog kawan-kawan terutama kak nita dan Ijan


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

20 Oktober 2009

suka-suka

cerita 1
raya kedua disalah sebuah rumah member
Qahar: jai, mak kau nak anak kucing? Mak aku tak nakla sebab dah banyak sangat..
Laling: kembang tak?
Qahar: kau pegila tengok kat belakang tu… (laling pun bangun nak tengok)
Laling: cantikla wei… boleh kongsi-kongsi susu ibu lagi… lepas tu laling datang kat aku
Laling: ibu nak tak kucing tu?
Aku: bukan tak nak nanti bulu kucing, tahi kucing segala bendala sape nak tengok… ibu geli.
Laling: nanti kite Tanya mak… kalau mak nak jaga kite tulis NAMA kat kaki kucing tu
Aku: ok gak tu hehe
Moral: kalau tak tulis NAMA nanti anak-anak yang lain datang tengok cantik terus ambik… dorang tak tahu sape punya sebenarnya)

Cerita 2
Sambil tengok TV Baby belajar ABC dengan ayah
Baby: ayah ni ape?
Ayah: A for apple
Ayah: B for ball.bla…bla…bla… sampaila ke
Ayah : J for jem
Baby: ape ayah ? jem???? Macam jem kat jalan raya aje.... Sabo jela ayah denga
r




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

07 Oktober 2009

sesi pengira kutipan anak-anak

Mesti kawan-kawan semua dah settle kire duit anak-anakkan?aku ni lambat kire sebab menunggu buah hati balik hehe
Bila dah balik dan malam tadi anak-anak pun dah tidur aku pulun membuka sampul sorang-sorang….
Yang laling pulak tengah duk kire bayaran untuk kad credit… sebelum sampai due date… kalau idak nanti ade yang kene caj…
Alhamdulillah dah settle kad credit aku kerah tolong aku pulak sebab mata aku dah tak larat nak angkat… ngantuk gilerrrr
Dah siap bukak sampul nak susun pulak.. letih betul tapi dek sebab anak-anak dah tidur jadi laju sikitla buat kerje tu.
Kire semua campur bahagi 3 beradik dapat total ayah akan tambah bagi genap then tunggu masa laling masuk bank . tutup buku anak-anak untuk tahun 2009
.

Time menutup Angpau

Time Membuka Angpau

Semua penyata bank ade





~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

12 September 2009

sahur Orang malas

2-3 menjak ni laling kata sayur malas nak makan nasi, katanya nak makan roti je…so banyakla stok roti kat umah termasuk roti untuk 2 beradik yang tak posa tapi ngaku posa hehe.
Satu pagi time nak sahur, segala roti dah takde tinggal seketul roti tesco. Aku duk pikir nak sahur ape yer… nak masak nasi malas. Last-last kuarkan daging burger aku goreng dengan api yang kuat (nak cepat masak).
Goreng 2 ketul konon sorang satula… last2 aku punya pun laling kebassss…. Macam manala nak diet u. esoknya time sayur aku belasah goreng 3 ketul terus haha makan sepuasnya.



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

11 September 2009

sesi mencari harta karunnnn

Banyakla harta karun makcik oiiiii. kunci umah hilang da.... mana laling letak pun tak tahu huhu letih dah membongkok-bongkok kat semua tempat nak cari.
ape yang penting kunci tu hilang dalam umahhhhh. boleh ke hilang???
macam ni... malam tadi laling kuar jumpa kawan dalam 10.30 macam tu, tak lama pun kuar, balik terus kunci pagar dan kunci pintu.lepas tu katanya time nak tidur memang biasa tengok kat tempat yang selalu kami gantung kunci.
sekali tengok kunci umah takde, cari-cari pun takde gak... last2 laling ambik kunci spay gantung kat tempat tu.
pagi tadi sahur aku pun pelik nape kunci ni letak kat sini....rupanya kunci aku tu dah ghaibbbbb. balik petang ni aku nak suruh DOREMI tu pulak cari huhu

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

31 Ogos 2009

Kesan Main Futsal

Awal bulan lapan hari tu laling ade lawan Futsal. First time ok main benda alah tu.balik rumah sampai seminggu kaki belah kiri sakit,lepas tu adela kurang sikit sampaila semalam.
Kebetulan hari ahad ade buat masjlis untuk fakir miskin dan laling terlibat same untuk menjayakan majlis tersebut.
Entah macammana tengah angkat speker kaki kiri tu boleh termasuk dalam longkang...tapi longkang tu takdela dalam mana pun...longkang biasa. Lagi sakitla kaki kawan tu.
Petang tu pegi PMC sebab laling dah tak tahan, Alhamdulillah orang tak ramai,ha ambik kau kene cucuk kat buntut hehe… gelak anak-anak tengok ayah dorang kene cucuk… alhamdulillah lepas tu laling ok sikit nak berjalan.(boleh ajak shopping lagi lepas ni)
Dr bagi MC 2 hari tapi laling taknak,hangin je aku dengar..last-last aku kata kat Dr bagi 1 hari la Dr… (aku pulak yang pandai-pandai yer)


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

27 Ogos 2009

Baju je???

Petang semalam lepas mandi aku pakai baju tidur yang dah lama tersimpan. Sementara tunggu waktu berbuka aku menjahit sikit…. Tetiba
Baby: ibu! Baju ibu cantikla... dah lama ibu tak pakai baju ni.
Aku : baju ibu aje ke yang cantik?
Baby: takla… seluar ibu pun cantik
Aku: ibu cantik tak?
Baby :ibu tak cantik … baju ibu je cantik.
sentap aku ok… poyo jekan.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

26 Ogos 2009

Gatai daaaa

Bila agak-agak dah penat menjahit aku tutup kedai (ayat laling).sementara nak tunggu bilik sejuk sajela nak cuci mata tengok catalog cael dion.
3 beradik tu terus stop main bola nak tengok sekali, bukan main lagi menelek buku-buku tu macam nak periksa esok. Pastu boleh pulak bila nampak model kat dalam catalog tu kata awek abangla, awek angahla… macam di ajar-ajar je anak-anak ni.
habis semua benda dalam catalog nak di beli

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

19 Ogos 2009

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-mubarak

Tinggal beberapa hari lagi nak posa, di kesempatan ini saya dan keluarga memohon ampun dan maaf andai ade kata-kata @ perbuatan saya yang menyebabkan anda tersentappppp. Moga ramadhan kali ini memberi peluang kepada kite untuk melipat gandakan amalan.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

18 Ogos 2009

Merdeka

(ayat laling)
Minggu ni laling stanby so phone office laling la kene pegang. pagi-pagi tadi phone dah bunyi bajet ade Urgent punya kerjela, rupanya bos die call bagi tahu pasal kerje sikit then bagi tahu yang die MC hari ni.letak phone terus jerit MERDEKAAAAAA.
Aku ingat ayat-ayat macam biasa ade kat orang pompuan je rupanya orang lelaki pun ade gak ye... laling cite kalau ade 'mamat' ni buat kerje dalam tekanan. so bila die cuti @ MC boleh buat kerje dalam keadaan yang tenang...

'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Atuk nak makan kucing????

Malam tadi laling balik lambat sebab ade game bowling kat 1utama, tinggal kami anak-beranak kat umah, lepas makan, buat kerje sekolah, baca buku bagai anak-anak pun main.
Riuh rendah rumah dengan tv pasang sebab layan berita. Baby gi dapur nak ambik air sejuk katanya…(penat agaknya main)tetiba dengar baby cakap....
Baby: sape tu?
Call: atuk
Baby:atuk, ayah belum balik lagi… ayah balik lambat.
Atuk:suruh ayah beli makanan kucing (aku tahu sebab paginya mak mentua ade cakap ngan laling).
Baby: atuk nak makan kucing????? Atuk mana boleh makan kucingla…nanti matila kucing tu (aku tak tahu mak mentua aku dengar ke tak baby kata gitu).
Atuk: letak phone
Baby: letak gak terus cerita ngan aku (hingat aku dengar agaknya perbualan die ngan atuk)
Gelak besar kami malam tadi….. ade ke die kata atuk nak makan kucing… sabo jela



'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

13 Ogos 2009

Kedai manik

Waktu rehat tadi aku gagahkan diri pegi kedai manik depan ni nak mencari manik untuk jahit baju orang.
Cari punya cari dapatla warna yang aku nak… itupun aku kene cari sendiri. harap budak-budak kat kedai tu haram nak tolong aku…. Mentangla aku ni selalu pegi kedai die.
Aku: amoi carikan aku manik warna ni.(sambil aku serahkan satu bungkusan manik)
Amoi: U carila sendiri
Aku: dah cari tapi tak jumpa…. U tolongla tengokkan pulak.
Amoi: aihsssss
Aku: amboi aku minta tolong U sekali jet au… orang lain U boleh tolong bla bla… bernanah telinga amoi tu dengar aku membebel.
Last-last kene gak cari kat kedai lain sebab memang takde kat kedai amoi ni.




'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

05 Ogos 2009

Futsal

Laling kata die kene main futsal malam ni kat PJ, laling kata kalau nak ikut petang laling balik lepas maghrib kite pergi… aku kene tengok kerje sekolah anak-anak dulu, kalau banyak susahla nak ikut walaupun hati ni mengatakan memang aku nak ikuttttttt
Balik rumah siap masak bagi anak-anak makan, sementara tunggu aku dan laling solat anak-anak buat kerje sekolah… kire baru senang hatila nak berjalan.
Laling tak pernah langsung main futsal tapi dek desakan kawan-kawan terpaksala laling turun gak.
Dua kali main dua kali gakla jatuh… nak gelak pun ade hehe… takpe-takpe laling takde pengalaman... ade gak futsal untuk wanina tapi aku segan nak ambik gambar...tapi kalau orang lelaki aku tengok siap buat video bagai... layan pic yer
Laling dah masuk padang

Menitik-nitik peluh kat dahi

dua beradik yang tak reti duduk diam

puas pujuk nak ambik gambar

model gedikkk (makcik ni satu dept ngan laling...datang pun naik kete kami)


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

27 Julai 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Sebenarnya takde kemana-mana pun minggu ni, just keliling kampong ngan anak-anak. Hari Ahad konon nak pegi umah mak ngan angah tapi bila sampai mak pulak takde pergi RAUB cari durian.
Pergi umah acik amat pulak, dahla orang tu baru bangun tidur ngan umah lintang pukang tak kemas lagi(peduli ape kami), saje nak ronda-ronda. Agak-agak tengahari balik rumah sejukkan badan huhu…

Tengok Husna duduk kat mana

Lepas zohor ajak laling pergi Stadium Melawati sebab kata angah ade jualan Gudang kat situ (kerje akukan mengabiskan duitlaling hehe). Banyak jugala jualan kat dalam tu tapi takdela aku borong segala benda yang ade tu.

Barang Larangan

Anak-anak saje yang borong, satu kepala sepuloh hengget, kopak ayah dorang… aku takde beli ape pun tapi saje nak berjalankan…bosan gak duduk umah je.
Petang mak call suruh datang rumah makan durian punyala banyak buah tu sampai senak perut kami anak beranak.

Hasil kerja anak-anak aku

Lepas kuar dari Stadium


Kat rumah mak pulak
Husna gedik ni tetap ade

'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'