Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Percutian. Papar semua catatan

23 Disember 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Hari last 16/12/2009
pagi lagi anak mak long dah terjun kolam, anak-anak aku tak lepas lagi sebab tunggu ayah dorang balik beli sarapan kat luar.
Dalam 8.30 macam tu baru anak-anak pergi kolam dengan laling. Mandi sepuasnya sampai pukul 11.00.
Balik bilik mandi, kemas barang. Pukul 12.15 kami cek out. Tak terus balik tapi pergi naik chair lift.
Keluar bukit merah terus jumpa jumpa hentian rehat Semanggol. Kami semua makan & solat kat situ.
Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur yang beratus-ratus kilometer. Kalau tengok signboard tu ngerila….
Anak-anak tidur sampaila ke rawang baru bangun.
Kami sampai rumah awal petang tapi cuaca baru lepas hujan lebat….
Habisla cerita percutian kami…. Sekarang operasi basuh kain pulak ha..ha..ha..


Walaupun Matahari dah bersinar.... mandi tetap mandi




memang best tapi aku ni penakut

Permandangan dari Atas

Bergambar Sebelum Balik

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

22 Disember 2009

Cuti-Cuti Malaysia

hari kedua 15/12/2009
Anak-anak bangun agak lewat sikit tapi tak kisahla sebab hari ni memang seharian untuk water park.

Bergambar sebelum Basah

Dalam pukul 10.00 macam tu kami dah Q nak masuk water park… bila bukak gate tu macam kambing lepas kandang.ha..ha..ha..

kite pusing dulu kata laling

Cari tempat nak letak barang lepas tu anak-anak ngan laling terjun le…..
Mak long tak mandi, so… diela yang kene jaga segala barang.

semua gaya dan aktiviti ade

Dalam pukul 2.00 macam tu baru kami semua naik, lepas salin baju barula nampak muka kepenatan.

masing-masing dah bertukar warna kulit

Time tula baru kata nak makan… masa berendam takde sorang pun nak minta nasi.
Keluar cari nasi bungkus, balik bilik makan, lepas tu zzzzz…… nyeyak .

Nak angkat mata pun tak lepas

Petang dalam 5.30 turun pulak ke kolam. Sesi membasahkan kembali pakaian yang dah kering tadi.
Malam tak kuar makan sebab balance lauk & nasi tengahari masih ade.
Lepas solat isyak macam tu kuar pegi ke ruang jeti uatma ade aktiviti untuk kanak-kanak.

Antara Aktiviti di waktu malam

Lepas tu kami pegi naik boat keliling tasik dan terus die bawa ke Eko Park… tapi kami rasa puas berbanding pergi waktu siang sebab ade Ranjer yang bawa kami dan ade sesi bagi makan haiwan.
Balik bilik dalam 10.30 macam terus tidur…..


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

21 Disember 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Hari pertama 14/12/2009
Bertolak dari rumah area 8.30 macam tu, pegi 3 keluarga. Aku, makcik & angah (adik) tapi angah belah tengahari baru gerak sebab hisyam kene gak pegi kerje… nasib kaula…
Berhenti rehat kat R&R Tapah untuk sarap. Aku bawa roti sardin & roti telur untuk anak-anak.Mak long siap bawa nasi bagai.
Perhentian pertama kami

Ni je bekal yang mampu aku buat... (kes PEMALAS)
Meneruskan perjalanan yang tak tahu sampai bila haha… sebab kami sendiri tak tahu kat mana… ikut laling katanya kuar kat IPOH boleh ??????.
Anak-anak dah 2-3 kali tidur bangun tapi tak sampai-sampai… bila dah nampak signboard BUkit Merah barula masing-masing segar.

nampak tu!!!!!!!!!

Kami ambik suria Apartment … sampai dalam 13.30 gitu tapi masih tak bagi cek in… sedih gak sebab kami dah penat.

Permandangan Waktu Malam

Daripada buang masa, pegi kaunter tengok pakej menarik untuk semua aktiviti.
Laling ambik pakej yang boleh masuk semua… dapat stiker, pakai kat tangan terus pegi jeti naik boat untuk ke Pulau Orang Utan.

Pintu Utama

Buat Pilihan Yang Bijak

Cuaca memang agak terik masa tu, Alahamdulillah anak-anak semua ade bekal topi masing-masing… kalau tak melayang lagi duit ayah dorang….
Macam-macam saiz orang utan yang kite boleh nampak. Dari baby sampaila yang paling besar.

Posing dulu sebelum berlepas

Lepas keluar dari Orang Utan kami terus ke Eko Park.. kat sini macam-macam bau wangian ade… almaklumla dah nama pun zoo hehehe.

Aksi 3 Beradik dalam boat

masa ambik gambar ni aku duduk jauh je...

langsung tak takut

Dah habis keliling Eko Park baru kami pegi cek in… masuk bilik anak-anak yang kepenatan tadi terus segar sebab permandangan menghala betul-betul ke kolam renang. Bahagian kanak-kanak

sape-sape ketinggian die melebihi ketinggian aku kenela terjun kat bahagian sini

Tapi takdela kami suruh anak-anak pegi mandi jam tu jugak. Rehat dulu, luruskan badan atas katil… makanla jajan-jajan yang tinggal sikit tu hehe.
Lepas asar terus terjun sampai pukul 7.00 (itu pun sebab tutup)
Malam pulak hujan tapi kat area water park sana ade aktiviti… gigih masing-masing siap berkereta nak tengok show.
Balik bilik lebih kurang 9..30 macam tu terus zzzzzzz…… penat+ letih semua complete.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

08 Jun 2009

Cuti-cuti malaysia

hari ketiga 06/06/2009

hari ni last kami kat sini, lepas cek out dalam pukul 10.30 kami pun gerak nak balik ikut simpang pulai, saje nak merasa sebab datang ikut tapah. rasa menyesal pun ade ikut simpang pulai ni sebab jauh sangat... pastu panas pulak tu. kalau ikut tapah tu ade gak redup die. jalan pun takdela jem macam ikut sini.
kami singgah kejap kat ladang teh BOH, YAALLAH jalan tu kalau selisih ngan bas aku tak tahu macam mana rupa die... kecik sangat jalan tu... sampai kat ladang penat gakla sebab kene jalan pulak lepas tu nak pegi tengok kilang teh, sebenarnya takde ape pun kat situ, tapi saje nak tunjuk kat anak2 sekurang2nya diaorang tahu macam mana teh tu datang dari mana....
lepas keluar dari ladang terus balik, punya jauh nak sampai ke highway tu tak tahu nak kata. anak2 semua tidur sebab kata dorang pening kepala... aku pun pening gak tapi takut nak tidur sebab nanti driver takde teman pulak hehehe...
itu je catatan aku untuk kali ni... jangan muak pulak korang baca ye......


Cuti-cuti malaysia

Hari Kedua 05/06/2009

kami sarapan sendiri, lepak kat beranda hotel sambil menahan sejuk. dalam pukul 10.00 kami keluar pegi tanah rata tak tahu nak bawa anak2 pegi mana.... dekat 10 kali pusing kat tanah rata last2 pegi taman permainan (rasa macam menyesal pegi sini). tengahari makan kat medan selera tanah rata, dah penat balik bilik suruh anak2 tidur tapi tak tidur2 ayah die yang tidur.
pukul 4 kami pegi balik BIG RED STROWBERRY anak nak makan aiskrim..... pastu kami pegi surver mana2 kedai yang jual ole2 yang murah sekali.... semua tak lawan harga pasar malam die, ade satu kedai tu jual murah giler.

lepas maghrib kami pergi pasar malam belila ape2 yang patut nak bagi kat orang tua & kawan2. keadaaan pasar malam memang riuh tapi kite kene tengok ape barang yang kite nak beli sebab pasar tu campur semua bangsa. ade satu gerai tu ingat nak beli jagung die sebab tengok melayu yang jaga, rupanya toikei die cina tak jadi nak beli. malam ni kami makan seafoad, tak tahu sedap ke tidak tapi habisla kami makan... mungkin sebab terlalu sejuk kut malam tu.... balik bilik kami terus tidur.

Cuti-cuti Malaysia

Cuti sekolah kali ni lama dalam 2 minggu gitu, cakap ngan abang kite bawa anak2 pegi cemeron sebab ibu pun tak pernah sampai sana (30 tahun hidup tak pernah sampai lagi) bibik mak mentua pun dah sampai... mana acikan. so abang pun surverla mana2 hotel yang kami boleh tinggal. ok kat sini aku ceritakan serba sedikit perjalanan sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami di sana.

Cemeron Highland

hari pertama 04/06/2009

kami bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi asalnya kata 6.30 ikut highway (kami ni jarang jalan jauh maklumla orang takde kg) bulan 12 hari tu pergi tambun adik kahwin tapi kami naik bas, jadi kami tak tahu ape2. dalam perjalanan sampai kat R&R Behrang minyak tu kire okla untuk sampai ke R&R yang seterusnya. lepas 2-3 R&R takde jumpa stesen minyak, aku dah pesan isi minyak tapi suami kata "boleh lagi" bila dah nak kering minyak tu baru kelam kabut. 2-3 kali call member die tanya stesen yang terdekat, aku diamkan aje. akhirnya sampai gak kami kat R&R Tapah,Alhamdulillah kalau tidak ade yang kene tolak kete.





lepas isi tangki tu kami pun keluar ikut tapah, singgah sarapan kat pekan tapah sebelum meneruskan perjalanan mendaki bukit. dah separuh jalan kepala pulak pening tapi aku boleh tahan lagi. baby yang teruk sikit (macam die bawa kete)kami singgah kat air terjun lata kinchang tapi takdela mandi cuma angah & baby je "K" sejuk giler air die.

kami sampai kat bilik awal lebih kurang dalam 11.30 macam tula, sepatutnya masuk pukul 2.00 tapi dorang bagi gak kami masuk, bolehla rehatkan badan sementara tunggu zohor.

dalam pukul 2.30 kami kuar pegi makan katmedan selera pekan Brincang(tak sedap langsung). nak tak nak makan jela sebab dah order. pastu kami pegi ke BIG RED Strawberry, besar juga la tempat ladang tu, kami takde beli ape pun sebab masih ade satu hari lagi.bila dah penat balik bilik rehat dulu tunggu nak pegi pasar malam pulak.

dalam 6.30 petang kami kuar pegi pasar malam, konon malam ni nak makan benda kat pasar malam je, kami pun beli la ayam dan segala bagai makanan bawa balik bilik. bila time makan ayam punyala keras ayam tu macam boleh di campak2. last buang je semua.....