30 Oktober 2009

Salam........

hai kawan-kawan....
lama dah rasanya tak update.
penyakit malas tetiba menyerang...
lagi pulak anak nak periksa minggu depan... lagi makcik poning hehe.
pastu duk memikirkan "alasan yang paling bagus" untuk aku bagi kat pengasuh sekarang.
ape pun ade free saya tetap terjah blog kawan-kawan terutama kak nita dan Ijan


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

22 Oktober 2009

Penyakit bulanan

hari ni aku betul-betul takde mood nak buat sebarang kerje kat office ni... sebabnya senggugut aku dah mali oooooo.
aku pening aku sakit aku tak larat nak jalan hatta nak angkat kaki pun tak lepas...
semalam balik anak-anak tolong pijakkan satu badan.. pagi tadi angah ngan baby tolong angkatkan barang masuk kete.
baby: ibu sakit perut ye?
aku: a'ah la baby
baby: ibu letakla minyak.. nanti ia baik
baby: lagi ibu sakit ape?
aku : sakit montot
baby: letakla bedak macam ibu buat kat baby tu..(macam cakap betulla budak ni tau!!!!)
dorang ade tak petua yang boleh hilangkan sakit ni terus dalam hidup aku hehe....

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

21 Oktober 2009

Ahad pulak

Bangun awal masing-masing . dah puas tidur gamaknya.
Siap semua kerje rumah kami gi giant kota damansara nak cari dapur ,dalam kereta dah berbakul-bakul amaran aku letakkan dekat anak-anak. (kalau tak kata macam tu satu giant nak dibelinya)
barang takdela banyak sangat tapi bila bayar… laling geleng kepala huhu.
Time nak balik laling bawa anak-anak ke tempat permainan, aku tak tahu berapa banyak pulak laling terbang kan duit die kat dalam tu…
Aku duduk tepi penjuru jaga barang sambil layan FB (bagus punya bini)
Lepas zohor dalam pukul 2 macam tu pegi pulak rumah mak cik yang pernah jaga angah masa die masih kecik.
Aku stop hantar kat makcik ni sebab masa tu die mengandung… kesian pulak sebab die kata mabuk teruk sangat.
InyaAllah tahun depan anak-anak aku duduk dengan makcik ni balik dan aku pun tak susah hati lagi memikirkan keselamatan anak-anak.
Menu memang macam –macam ade sampai sendat perut kami anak- beranak… kalau angah ngan baby siap buat pelaburan lagi kat umah tu.
Dalam pada lepak-lepak kat umah makcik ni kawan laling call kata nak datang… ala malasnya aku nak masak…. Sebab petang nak ke shah Alam pulak makcik aku buat open House.
Tapi kesian pulak…. Ajak jela bang kataku .
Ha kau balik umah macam lipas kudung goreng bihun (macam susah sangat yer). Sebenarnya tak susah pun tapi last minit bagi tahu nak datang harusla kelam kabut makcik ni.
Lepas maghrib terus pecut pegi Shah Alam. Kalau lambat pegi balik lambat, esok anak-anak dah sekolah. Angah pulak dah start periksa.
Alhamdulillah sampai gak kami untuk mengisi perut. Dalam pukul 10 macam tu kami dah sampai rumah. Solat Isyak terus zzzzzz… esok kerje

Baby tengah layan....

2 beradik... abang tak tahu kat belah mana

Dekat rumah mak Angah

Angah & Mak



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Penghujung syawal

Memang 2 hari ni aku tak masuk dapur….
Hari sabtu setengah hari aje dekat masjid sebab JKKK buat jamuan. Laling terlibat dalam acara tersebut dan kami anak beranak datang time makan aje hehe (itupun laling call suruh datang bawa beteri kemera die)
Petang pulak pergi pristana rumah kawan laling buat makan-makan gak dan sambut birthday anak die.
Riuh rendah umah tu macam satu lorong buat party… biasala kanak-kanak bukan selalu dapat meraikan majlis macam tu.
Lepas tu pegi pulak umah kakak ipar kat kubu gajah… siap solat asar lagi kat umah die…(kes malas nak singgah umah dulu)
Sampai maghrib kami baru kami balik…. Malam tak payah susah-susah nak masak sebab masing-masing kekenyangan .Lepas isyak anak beranak tidur sampai pagi…. Kepenatanla sangat .

2Beradik tu kalau boleh nak tiup lilin

dah nak balik baru ingat nak makan



2 beradik yang kepenatan




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

20 Oktober 2009

suka-suka

cerita 1
raya kedua disalah sebuah rumah member
Qahar: jai, mak kau nak anak kucing? Mak aku tak nakla sebab dah banyak sangat..
Laling: kembang tak?
Qahar: kau pegila tengok kat belakang tu… (laling pun bangun nak tengok)
Laling: cantikla wei… boleh kongsi-kongsi susu ibu lagi… lepas tu laling datang kat aku
Laling: ibu nak tak kucing tu?
Aku: bukan tak nak nanti bulu kucing, tahi kucing segala bendala sape nak tengok… ibu geli.
Laling: nanti kite Tanya mak… kalau mak nak jaga kite tulis NAMA kat kaki kucing tu
Aku: ok gak tu hehe
Moral: kalau tak tulis NAMA nanti anak-anak yang lain datang tengok cantik terus ambik… dorang tak tahu sape punya sebenarnya)

Cerita 2
Sambil tengok TV Baby belajar ABC dengan ayah
Baby: ayah ni ape?
Ayah: A for apple
Ayah: B for ball.bla…bla…bla… sampaila ke
Ayah : J for jem
Baby: ape ayah ? jem???? Macam jem kat jalan raya aje.... Sabo jela ayah denga
r




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

17 Oktober 2009

Menang lagi…..Premium RM 100.00

Laling dapat surat dari BSN terus bukak kot-kot dapat hadiah utama (baget harus tinggi yer kawan-kawan).
Isi dalam biasala ucapan tahniah dan bagi tahu kedudukan kite… Alhamdulillah laling dapat tempat ke 12
Sebelum-sebelum ni kalau nombor kite bertuah pihak BSN akan terus hantar sijil yang kite menang tu dan kalau kite menang barangan memang kenala pergi pejabatnya.
Tapi surat semalam mungkin dorang dapat dah update system kut.BSN bagi surat macam bank hantar kat kite pin nombor..ha macam tula bentuk suratnya.
Dalam surat tu mengatakan yang kite pulak kene gi BSN untuk ambil sijil tu…
Haha harusla ambik masa nak gi ambik tu… silap-silap hujung bulan baru pegi sebab sekali jalan nak beli premium untuk bulan ni pulak..
Apepun syukur Alhamdulillah ade jugak rezeki untuk kami bulan 9 ni.

Syukur Diatas rezeki yang diberikan




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

16 Oktober 2009

Kunci kereta

Pagi tadi aku nak kuar rumah start kete cari-punya cari kunci tak jumpa…
Biasa laling akan gantung sekali ngan kunci rumah, letih aku mencari kat semua tempat sementara tangan sebelah call laling
Aku cuba pakai kunci pendua tapi bateri alarm tu takde… takut kalau aku bukak pakai kunci menjerit pulak kete tu, lagi haru biru aku pagi-pagi buta.
Call 23 kali tak angkat… penat gakla aku ni… nak kejar masa nak hantar angah sekolah.
Call seklai lagi laling angkat tak sempat aku Tanya laling dah cakap “kunci kete dalam poket seluar abang”
Aduhaiiiii nak buat macammana????????
Laling suruh panggil abang ipar kat umah mak minta tolong startkan kete..kalau alarm menjerit abang ipar boleh tolong tutupkan.
Aku ni bab kete memang jahil… isi minyak kete pun aku tak pandai inikan isi perut kete nak suruh aku buat sendiri… sendiri ingatla haha.
Alhamdulillah ok sebab abang ipar tolong dan aku pun selamat menghantar angah, baby dan aku sendiri dah pun masuk office sebelum jam 8.30 pagi



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

15 Oktober 2009

Open House MHS Aviation (Dewan Politeknik Shah Alam)

Kamo menang yahoooooooooo
Aku lambat update sebab gambar kat member laling… kemera aku habis bateri
Tempat yang sama ngan kenduri, Kami kuar rumah lepas zohor…dalam perjalanan angah & baby tidur, sampai-sampai je angah mengamuk kata dekat sangat… nak pegi yang jauh… geram je aku dengar.

Bila ayah die bawa masuk dewan terus tuju tempat mewarna senyap terus mulut angah… ambik sorang satu kotak warna, kertas lukisan, cari tempat senyap!!!!!! Senang kerja aku laki bini.
Aku suapkan anak-anak sambil dorang duk mengala… kalau aku tak suapkan tak makan sebab dah jumpa kawan… lepas tu baru kami pulak makan.
Ade gak aktiviti untuk orang dewasa antaranya POP KUIZ dan PAKAIAN SEDONDON… kami menang tau… dapatla hadiah hamper..
Kalau ikutkan angah kat situ gak die nak baraikan isi perut hamper tu. Nasib baik lepas dipujuk angah dengar kata… kalau tak haru gak kami ni.
Aktiviti habis sepatutnya pukul 4 tapi laling dan kawan-kawan saje balik lewat sikit.... ate kata nak tapaukan. kene tunggula.lepas solat asar barula sunyi dewan tu sebab semua staff MHS dah balik
Satu keluarga (abaikan aksi mereka dan julingan mata angah)

Tengah tengah melayan kertas lukisan

Angah bersama barangan hamper

Baby pun sibuk gak ngan kertas lukisan



Laling ambik hamper dari CEO MHS

Kami yang kelaparan

Manusia dan kambing memang tak dapat dipisahkan

bergambar sebelum balik

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

14 Oktober 2009

Masuk tak di suruh, keluar pun tak bagi tahu

(agak-agak ape korang rasa)aku sangat ngeriiii
Malam tadi lepas makan tengok anak-anak baca buku… masing-masingkan dah nak exam….
Kalau tak capai target yang aku tetapkan PS2 harus ku simpan untuk tahun akan datang huhu (sungguh kejam ini ibu ye kawan-kawan)
Laling gi masjid solat isyak aku sidai kain then solat isyak… tapi masa tu duk ulang alik ke dapur…bilik air ok je takde pulak rasa ape-ape yang pelik.
Laling balik masjid ajak makan durian laling ambik kat umah mak die petang tu) masa tengah layan keenakan buah durian tu dengarla bunyi kucing duk panggil-panggil… tapi buat tak tahu je sebab itu kucing pendatang.
Rupanya kucing tu dah masuk dapur duk panggil-panggil kite… tapi tak layan sampaila habis durian tu.
Dekat pukul 10 ajak budak-budak tidur …. Sebelum tidur harusla pergi bilik air membuang ape yang patut.
“Abang first kata yang sulong”… dah bukak seluar, bukak lampu dan dah melangkah satu tapak ke bilik air…. Ibu!!! Ade ULARRRRRR sambil badan abang menggeletik geli & ngeri…
Aku ape lagi terus naik bulu roma menjerit panggil laling yang duk layan TV lagi…. Kelam kabut bangun terus gi bilik air..
Intai-intai ade makhluk panjang tu kat belakang tong air.. laling pandang aku aku pandang laling…
Aku: Abang call abang zamin(abg. Ipar laling)
Laling: ishhh takpe .
Aku : abang ambik buloh… ibu tunggu kat sini tengok-tengokkan
Sementara laling keluar aku duduk 4 beranak menunggu makhluk panjang tu…. Takut masuk kedalam rumah pulak.
Laling masuk bawa sebesar-besar batang buluh.. abang callla abang zamin… desak aku lagi.... bukan aku tak percaya kat laling tapi aku takut sebab kata laling besar gakla makhluk tu.
Dah call datangla sekali ngan mak mentua aku siap bawa parang ngan batang buloh gak.
Sekali tengokla kat bilik air… taaadaaaaa dah hilang pulak.
Lagi ngeriiiiii… sebab takut masuk rumah. Tapi masa kami tunggu tadi takde pulak nampak benda kuar dari bilik air.
Cari punya cari selongkar segala sudut langsung tak nampak… abang ipar kata kau pegi beli “boygon” sekarang.. kalau redset tak jalan .
Laling pun kuar jap pergi kedai acheh depan tu cari boygon… masuk rumah habis semua sudut dapur tu die sembur…
Dah lepas tu nak masuk bilik air kene berteman termasukla aku sekali… kalau si baby sampai terkencing sikit dalam seluar hehe. Takpela baby ibu boleh basuh hehe.
Malam tadi tidurla kami dalam ketakutan sebab kami tak tahu makhluk tu masih ade dalam umah atau dah keluar.
Petang ni aku balik tak tahula samada nak masuk rumah terus @ aku duk umah mak aku dulu…. Makcik takuttttt sangat…
Tugas laling hari ni beli belerang then tabor kat keliling rumah…. Katanya makhluk tu takut dengan bau belerang…


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

13 Oktober 2009

Bill phone anak menguji kesabaran laling.

Kami pakai line celcom 1+5. aku ngan anak-anak standard bulanan mesti dalam 6@7hengget aje.
Sekali hari ape tah aku tak ingat bill sampai tengok-tengok total sampai seratus lebih… bill laling pun paling tinggi 60 je.
Time laling kat Jakarta hari tu adela aku bagi tahu hal ni, laling kata takpela nanti balik die tengok.
Balik dari Jakarta terus tengok bill anak… punya hangitla kawan tu siap berselawat sebab nak kawal kemarahan hehe….
Tak cukup malam siang esoknya sambung balik call celcom nak suruh stop entah ape benda yang masuk dalam inbox tu.
Nak kata anak aku sand benda-benda yang kene bayar ni memang dorang tak pandai sebab yang dorang tahu call ibu & ayah sahaja… kalau SMS masuk anak-anak akan kata`tepon kite bunyila’ tu je… nama nak bukak inbox tu memang tak pandai.
Kami tak nak la tuduh sape2 tapi bila Tanya anak-anak sape ade minta nak pegang phone tu adela anak-anak cite…
Yang best kat sand item tu takde ape-ape sebab malaun tu dah delete siap…. Sekali sand 3 hengget… lepas tu bila benda alah tu sand ke kite balik pun kene caj gak 3 hengget…. Kalau balas ke kite tu sekali takpe…. Ini sehari dekat 10 kali hantarnya… korang bayangkan 3 hengget X 10 dah berapa??? Itu baru satu hari.
Call Celcom macam-macam pulak alasan yang die bagi … katanya memang dah tak boleh stop…
Hari isnin laling dah tension sampai die pergi sendiri ke celcom cente….. segala isi hati laling curahkan…. tadah jela telinga pihak celcom.




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebena
ran'

11 Oktober 2009

Kenduri kahwin

Hari sabtu tadi pergi ke politeknik shah alam …. Jalan punyala jem tak tahu nak kata macam mana… agaknya masing-masing nak mengejar open house..
Kawan laling buat kenduri kahwin untuk anak die yang sulong..
Lepas makan kenyang-kenyang kami nak ke kota damansara pulak sebab kawan aku pulak kahwin… tapi satu masalah kami kad tak bawa.
Jalan dah memang jem kedua-dua hala pastu otak pulak kene perah nak memgingatkan alamat rumah pengantin..
Alhamdulillah sampai jugak kami ke rumah fara… nasib baik kat kota damansara… gagah jugakla laling cari… kalau kat tempat lain sorry…. Balik rumah tidur lagi bagus huhu.
Boleh di katakana hari sabtu tadi memang takde kat umahla… balik dari rumah fara singgah solat kat umah tutup tingkap segala pergi pulak sri petaling open house anak buah laling…
Balik dari sri petaling singgah pulak giant kota damansara nak beli kasut angah & baby sebab esok office laling ade buat open house dan ade aktiviti… kesian pulak kalau anak-anak pakai selipar spiderman
Balik rumah mandi siap semua anak-anak tidur aku menggosok baju kerje + baju nak pakai esok pulak….
12.30 zzzzzz tidur. letih sungguh haku hari ni.

Kawan masa kat Simpang Lima

Jangan tak caya... bunga kat meja tu siap bawa balik..


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

07 Oktober 2009

sesi pengira kutipan anak-anak

Mesti kawan-kawan semua dah settle kire duit anak-anakkan?aku ni lambat kire sebab menunggu buah hati balik hehe
Bila dah balik dan malam tadi anak-anak pun dah tidur aku pulun membuka sampul sorang-sorang….
Yang laling pulak tengah duk kire bayaran untuk kad credit… sebelum sampai due date… kalau idak nanti ade yang kene caj…
Alhamdulillah dah settle kad credit aku kerah tolong aku pulak sebab mata aku dah tak larat nak angkat… ngantuk gilerrrr
Dah siap bukak sampul nak susun pulak.. letih betul tapi dek sebab anak-anak dah tidur jadi laju sikitla buat kerje tu.
Kire semua campur bahagi 3 beradik dapat total ayah akan tambah bagi genap then tunggu masa laling masuk bank . tutup buku anak-anak untuk tahun 2009
.

Time menutup Angpau

Time Membuka Angpau

Semua penyata bank ade





~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

04 Oktober 2009

Ahad

Kerje aku membasuh dan terus membasuh dan menyidai kain selagi ade ruang kosong… haha lalingkan baru balik malam tadi, sah-sahla baju kotor die satu lori nak dibasuh.
Dalam pukul 11 macam tu pegi kenduri kat puchong makcik laling kenduri anaknya kahwin..
Alhamdulillah kami balik dalam pukul 2 lebih tu cuaca panas… keringla segala kain yang kami sidai.
Lepas tu acara melipatkan kain pun bermula… letih weiii nak lipat kain ni. Makcik memang tak minat kami kalau makcik tak buat…. Sapela nak tolong aku . harap laling???? Lepas solat zohor, pasang aircond…zzzzzzzz.
Lepas asar acara pusing kg. bermula semula selepas seminggu tergendala…. hehe.

Laling ngan keluarga pengantin

Aku ngan anak buah laling Suami isteri



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 Oktober 2009

Penantian ku berakhir

Sekitar jam 7.15 malam sambil menunggu anak-anak mandi h/p bunyi… tengok no tak kenal tapi belasah ajela angkat.
Call: Assalamualaikum
Aku: W.Salam
Call: Abang ni… pakai phone ahem(abang laling) h/p abang nak on je tadi bateri habis
Aku: BB ngan dila ambik abang
Abg: ape plan kite esok? (belum ape-ape dah nak bawa anak bini jalan)
Aku: nak pergi mana?
Abg: tak kisahla… ibu nak gi mana?
Aku: takde manala…. Esokkan makcik abang kenduri pastu eroi adela jemput datang umah mak die.
Abg: okla esok kite pegila…. Stop.
Lebih kurang dalam 9.25 malam kut laling sampai rumah… sementara menunggu laling balik sempatla aku menggosok baju semua baju sekolah+baju kerje+ baju nak jalan esok.
(syukur Alhamdulillah laling dah selamat tiba)

Untuk anak-anak

Untuk ibu katanya
yang ni laling kata saudara dekat jakarta bagi


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Open House

Sabtu tadi dari pukul 3-6 kat umah mak ade buat jamuan hari raya, ramai gakla kawan-kawan mak, ayah dan kawan adik-adik yang datang.
Kawan aku sorang pun takde huhu… sah-sahla takde sebab sorang pun aku tak ajak… takde hatila nak ajak kawan sebab salah satunya laling tak balik lagi… pastu pulak laling pun tak tahu ade majlis ni ….ialah ikut plan mak nak buat hujung bulan. (macammana laling nak tahu asal call aje cerita pasal lain)
Kebetulan pulak hari tu satu hari laling tak call. Memang laling balik petang tu tapi makcik ni tak tahu pukul berapa…. Puas menungu akhirnya…(nanti sambung yer)
Antara Menu yang mak aku masak
Sudut ABC... (kalau angah ngan baby mulut tu memang dah penuh ngan sirap)


sudut karok pulak

antara yang menhadirkan diri


Aku dan angah (anak-anak tak tahu mana pegi daaa)


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

01 Oktober 2009

Berbaloi-baloi

Ingat tak hari tu aku ade cite pasal contest ? memang berbaloi sangat sebab keputusan untuk peraduan ‘Milo untukmu Malaysia’ dah keluar.
Alhamdulillah laling dapat hadiah kedua. Kalau dapat hadiah pertama tak payah kami pening-pening nak cari tempat percutian hujung tahun ni.
Laling dapat basikal BMX termasuk semua peralatan keselamatan asas dan Aksesori bernilai dalam RM 1,669.00
Syukur Alhamdulillah dan sekarang kami tunggu keputuan untuk CoffeMate pulak huhu
.

Semangat waja nak tunjuk hehe




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'