31 Julai 2009

Jangkitan Coksackie

2hari angah tak pergi sekolah sebab kene jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut. Alhamdulillah angah takde demam dan selera makan die tak terbantut.
Angah dapat virus ni dari kawan baik die izat. Izat dah seminggu tak pergi sekolah…kesian kawan mulut penuh ulser.
Aku pun kene kuarantin gak sekali walaupun minggu lepas aku baru MC hehe. Best gak duduk rumah sebab aku boleh belajar menjahit ngan kakak ipar aku.
Memula angah kata kaki die je sakit, nampakla 1-2 bintik kat kaki tapi aku ingat biasa aje. Bila gi office cite ngan muza terus muza kata jangkitan coksackie.Apepun angah semakin kuat dan die tak suka ponteng sekolah.



bintik-bintik tu yang sakit





'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

1234

Angah selalu balik sekolah nanyi lagu ni katanya kawan angah suka lagu tu, bila aku dengar balik lagu ni banyak perkara yang perlu kite ingat.

Satu... kasih yg abadiTiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjanganMembawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahagaRela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemuBerhati selalu beza antaraKasih dan kekasih
( korus )Ibu kuingat dahuluMenyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolahBergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu iniUntuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelanPahit terus dibuang...
itu bidalanHarus kau renungkan

'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

30 Julai 2009

Jagung

Semalam masa pergi ambik abang balik sekolah ade sorang kakak ni duk jual jagung dari van die. Ramai gak yang beli termasukla aku, tapi masalahnya semalam aku tak bawa duit langsung.
Kebetulan baby ade bawa purse die yang baru tu… dalam tu ade empat hengget . aku kata ibu pinjam duit baby dulu nanti balik ibu ganti (duit tu pun baby minta nak isi kat purse dieleee)
Baby kata okla, pegila kami ambik purse die kat kete, sampai kat kakak jual jagung tu baby boleh kire balik duit depan orang tu dan die bagi seringgit je… esok baby bayar lagi kat makcik yer… geram je aku dengar baby ni bercakap.
Last-last aku kata esokla saya bayar hehe….balik rumah bagi orang sebelah sebatang. Malam sebelum laling balik aku buat bubur jagung… first time buat bubur sedap gakla tapi kalau letak daun pandan lagi sedap kut dan baunya pun mesti wangi

Macam banyak sangat duit dalam purse tu...

Hasil bubur jagung aku


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

29 Julai 2009

Tag dari Yan


1) copy award untuk diletakkan di blog anda
2) nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini

1. Kawan masa kat sekolah Menengah dulu
2. Budaknya memang pandai Math Sebab ambik Akaunkan yan….
3. Mulutnya nak bercakap je selagi tak dijahit…huwaaaaa
4. Mummy kepada sepasang anak lelaki dan perempuan (aku belum ade girl lagi)
5. Baik Orangnya dan cukup peramah
6. Hobi die lebih kurang same ngan aku.hehehe

3) setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri

1. seorang yang sangat penakut
2. minat dalam bidang jahitan
3. sekarang tengah rajin masak…tapi semua main campak-campak je dalam kuali, sedap tak sedap belakang kire.
4. nampak ganas tapi jiwanya terlalu Sensitif
5. suka berjalan… tak suka duduk rumah lama-lama
6. tengah pikir nak pergi NAGOYA @ KAMDAR nak membuang duit laling lagi. hehe 7. ibu kepada 3 orang cahaya mata lelaki
8. Suami Isteri Satu Kampung(takde nak gaduh-gaduh)
9. gila gadjet...laling pun sama

4) anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

1. muza – member Office (die yang suka suruh aku update blog ni dan die jugakla yang membuatkan aku rajin masak dan kemas dapur)
2. Fara – member office gak (makcik ni kerjenya menjual dan terus menjual… macam-macam barang makcik ni jual)
3. ita – makcik ni sekarang tengah seronok mengupdate blog…ambik kau ita.
4. farrah makcik sorang ni member waktu sekolah dulu. Lama tak jumpa… last-last jumpa kat FB
5. Ida – Member Office-Anak baru sorang

aku maleh nak tag lagi...hehe... kalau korang rasa nak buat Tag ni copyjela yer…

1. Nama timangan anda?---> along, ernie
2. Anda Seorang Yang?---> sensitif.& penakut
3. Insan Yang Teristimewa?---> Laling aku leee
4. Lagu Kesukaan?---> Sandaran hati
5. Makanan Kesukaan Anda?---> Segala jenis bubur
6. Sikap Yang Membuat Anda Stress?---> org yang mengkhianati aku, kawan yang takde rebut takde petir tetiba nak masam-masam muka ngan aku…. Ape kes??? Ingat kanak-kanak ke?
7. Warna Kesukaan Anda?---> Hijau, Pink
8. Benda yg mesti ada dalam beg?---> handphone, purse, kunci kete & kemera.
9. Kali terakhir anda menangis?---> minggu lepas kut..sebab nanti laling nak pergi Indonesia… sape nak temankan aku kat umah.


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

28 Julai 2009

Macam budak-budak

Ade sorang Hamba Allah ni tetiba je macam sengal ngan aku. Aku takde usik kerje kau dan aku pun takde suruh kau buat kerje aku. Tetiba takde petir nak masam-masam muka ngan aku.
Ape kes???? Bengang sangattttt sekarang ni. Umur tu kot 20an satu hal la nak gaduh-gaduh, ini dah masuk alam M%N*P*^S dah oiiiii.
Aku memula malasla nak layan benda-benda yang menyemakkan akal pikiran ni..kalau aku tanya sepatah jawab sepatah, lagi sakit kalau aku bercakap langsung takde tindak balas.
Niat aku malasla nak gaduh-gaduh ni sebab kite ni bukannya muda lagi. Masing-masing dah beranak pinak. Kalau HambaAllah ni ade baca blog aku Fakir-fikirkanlah dan selamat beramal


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Anak-anak solat

Malam tadi abang Tanya aku dah solat isyak ke belum aku kata dah die macam nak nangis sebab katanya nak solat ngan aku. Pastu baby pujuk kata baby sembahyang ngan abang siap ambik air sembahyang bagai… sampai basah baju.
Masa ni angah dah tidur, aku tengokkan 2 beradik ni solat. Abang okla solat sebab die dah belajar dari 5 tahun lagi. Yang baby ni mengikut ajela pergerakan abang.
tapi aku tak tahan tengah –tengah solat baby kata “ baby nak sembahyang banyakla…aku pun tak faham maksud baby, rupanya dekat 10 kali sujud nak sembahyang banyak punya pasal.
Apepun aku suka tengok anak-anak aku dah pandai nak sembahyang walaupun masih ade lagi cara-cara @ pergerakan yang berterabur.Layan Pic...



'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

27 Julai 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Sebenarnya takde kemana-mana pun minggu ni, just keliling kampong ngan anak-anak. Hari Ahad konon nak pegi umah mak ngan angah tapi bila sampai mak pulak takde pergi RAUB cari durian.
Pergi umah acik amat pulak, dahla orang tu baru bangun tidur ngan umah lintang pukang tak kemas lagi(peduli ape kami), saje nak ronda-ronda. Agak-agak tengahari balik rumah sejukkan badan huhu…

Tengok Husna duduk kat mana

Lepas zohor ajak laling pergi Stadium Melawati sebab kata angah ade jualan Gudang kat situ (kerje akukan mengabiskan duitlaling hehe). Banyak jugala jualan kat dalam tu tapi takdela aku borong segala benda yang ade tu.

Barang Larangan

Anak-anak saje yang borong, satu kepala sepuloh hengget, kopak ayah dorang… aku takde beli ape pun tapi saje nak berjalankan…bosan gak duduk umah je.
Petang mak call suruh datang rumah makan durian punyala banyak buah tu sampai senak perut kami anak beranak.

Hasil kerja anak-anak aku

Lepas kuar dari Stadium


Kat rumah mak pulak
Husna gedik ni tetap ade

'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Bertugas seperti biasa

Dua hari aku MC sebab sakit perempuan aku datang.(laling paling suka kalau aku dapat 2 hari) Rasa macam nak tertanggal satu badan menahan sakit, DR. suruh aku makan pil tapi aku kata takut darah terus stop….. tetiba dalam bilik DR tu aku boleh termenung lama sampai DR. sound aku “ amboi!!! Saya Dr saya tahula kerje saya, saya tahula nak bagi ubat ape, tak percaya pulak die ni… habis tu datang jumpa Dr. takkan nak MC je!!!!!” aku terus sentap, sabo je aku dengar DR. ni kata. Tapi aku memang biasa ngan DR. Rosaida kat PUSRAWI ni. Lepas sembang2 sebelum keluar bilik aku minta maafla ngan Dr. kut-kut die kecik ati ngan aku hehe, tapi paling aku takut lepas ni die tak nak bagi MC lagi kat aku huwaaaaa tidak.



'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

26 Julai 2009

Hilang lagi…….


Jumpa phone anak h/p laling pulak hilanggggggg. Tak tahu nak luahkan isi hati ni macam mana.. cewahh . “YaAllah kami redha diatas segala UJIAN yang telah kau turunkan kepada kami.”

Brand htc beli tak sampai sebulan pakai. Laling beli sebab N78 die battery cepat low pastu LCD pun dah lama pecah. Bila dapat murah laling beli… tapi takde rezeki nak pakai lama yang tinggal hanya pen sahaja. Sedih sangat bila dah jadi macam ni, tapi takpela mungkin ade hikmah disebalik kejadian



Gambar dari Web





'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

24 Julai 2009

Perangkap CIK CT



Semalam laling buat perangkap Ct kat dapur , ambik kau besar giler dapat. Ingatkan dah takde, pagi tadi bangun habis maggi aku kene tebuk dengan binatang ni.korang ade cara tak nak hapuskan terus makhluk perosak ni????

padan muka kau cik ct oii








'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

23 Julai 2009

BZ yang teramatla sangat



Dah 2-3 hari aku tak masuk blog ni. Kerje nak cari file yang lama-lama ni memang menyulitkan aku sebab nak kene turun naik tangga dan aku kene buat sorang-sorang. Tapi aku tak kisah.... tapiiiiiiii aku penat sangat sampai menitis air mata aku!!!!! (sedih sangatla konon)Akhirnya siap jugak kerje aku walaupun dalam situasi yang penuh emosi.

Di satu sudut
Atas meja

lepas ni satu hal lagi nak kene kemas balik benda alah ni.. sape la agaknya nak ringan tulang nak tolong aku ye..



'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

22 Julai 2009

Ahad yang lepas

Hari Ahad pulak tak boleh nak kemana sebab kete tak elok lagi, laling belikan roti canai sebab anak-anak suka makan tapi aku tak berapa suka sangat…
bila kami dah kenyang barula mak aku call suruh datang umah sebab mak masak nasi lemak. Masa tu dah dekat 10.30 pagi, aku kata jap lagila sebab baru lepas makan.last2 pegi dekat pukul 12.00 terus makan tengahari. (kes malas nak masak)
petang layan pokok rambutan kat umah mak mentua pulak. Pokok ni ade sebelah tengah berbunga, ade sebelah tu tengah nak menjadi dan ade yang dah masak.
laling jolok, anak-anak kutip dan aku tukang makan da…. Tapi sambil tu aku kopekkan untuk anak-anak

Hasil Kutipan Anak-anak

Dekat 6.30 petang kami stop jolok buah pegi ronta kg. pulak naik moto lima beranak.. korang bayangkan macam mana kami naik moto??? Tak kisahla yang penting kami sejuk.
Lalu umah mak aku pastu manpak angah anak beranak ade, kami pun singgah sebab nak tenguk husna. Geram je aku tengok si kecik ni berjalan tapi husna cukup takut ngan laling aku.okla stop dulu kat sini. Layan pic

Atuk pun nak peluk una

3 Beranak

Saidatu Husna@Una

21 Julai 2009

Petang sabtu


Bawa anak-anak pergi Karnival Masjid kat Bandar Baru Sg. Buloh, dah la kete takde No Plat kat depan tapi laling kata takpe sebab dekat. Sampai kat masjid ambik kau polis kat depan mata…. Tapi kami buat muka tak bersalah jela sambil lalu depan kete pak polisi.
Kete Kami
Masa ni Perasmian dah habis

3 beradik
Tengok Haziq tu tunggu masa je nak tidur


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

19 Julai 2009

Siapa?????

Lepas makan malam sambil tengok anak –anak baca buku aku duk menjahit manik, tengah-tengah best menjahit dengar sayup-sayup orang bagi salam kat pagar. Laling jawab salam & bukak pintu nak tengok siapala agaknya yang datang.

Laling: yer cari siapa?
Wanita: a.aa..aaa…ermm
Laling: ernie yer? (baget die orang nak tempah manik
Wanita: a’ah
Aku pun stop jahit dan pegila tengok… yer saya (aku pun terus tengok kat tangan wanita kut2 bawa kain tapi die bawa plastic merah dalam tu ade biskut) poyo je kan????
Wanita: mak baby yer?
Aku: baby? Haziq ke?
Wanita: anak ade hantar kat umah lorong lapankan??
Aku: ooooo mak NAJMI yer?jemput masuk kak…
Wanita: takpela…

wanita ini terus bercerita dari mula sampaila anak die kene rotan, laling kata buat ape bagi tahu suami sebab anak dah mengaku? Wanita ni kata kena gak bagi tahu bla..bla..bla…

Rupanya pagi esoknya (malam kene bantai kaw-kaw ngan bapak die) najmi datang awal dan pakat ngan kawan baik die nak cek kat semua laci meja dan akhirnya jumpa h/p anak aku balik. (sambil mak najmi hulurkan phone tu kat aku) Alhamdulillah jumpa…

Lagi sekali wanita ni minta maaf bagi pihak anak die… sedih pulak aku tengok masa die cakap tu dan wanita ini terus berlalu pergi sambil menutup pagar rumah aku balik huhuhu (harusla sebab dia yang bukak)

Bagus cikgu ni sebab die tak malu nak jumpa kami dan mengaku pasal anak , katanya “akak ni cikgu selalu tengok perangai anak-anak orang lain tapi perangai anak sendiri akak tak tahu sampai macam ni” aku respect ngan ibu yang jenis macam ni.

dah barai h/p ni tapi masih boleh pakai







'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

18 Julai 2009

Mesin basuh pulak buat hal

Aku dah siap basuh kasut sekolah abang, baju sekolah agama tapi mesin basuh aku tak penuh-penuh gak air die… nak pusing lagila tak boleh sebab air takde. Memula aku diamkan aje nak tengok kut-kut aku yang salah.

Sah!!!! 2-3 kali tak jadi gak, menjerit aku panggil laling. Ini mesti kerje Cik CT sebab binatang ni selalu aku nampak kuar dari belakang mesin tu…. Aku baru plan nak basuh sarung bantal, cadar dan segala bagaila sebab hujung minggukan!!!!!!.

Bila dah jadi macam ni….. sorryla aku nak basuh, nasib kaula bilik tidurrrrrr.




'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

17 Julai 2009

H/P Anak-anak

Dalam N3 yang lepas aku ade cite pasal anak-anak kene marah sebab jatuhkan H/P. Tak sampai Seminggu lepas tu H/P tu hilang masa kat umah pengasuh, puas cari sampai selongkar kat bakul kain kotor kut-kut termasuk sekali tapi memang takde…. Call umah pengasuh Tanya mana tahu anak-anak tersalah letak… KEPUTUSANNYA HILANG.
Kebetulan pengasuh ni ade jaga budak transport, die 2 beradik kakak darjah 5 & adik (lelaki) darjah 4 kami bukan nak tuduh budak lelaki ni yang ambik tapi kakak die ade cite yang adik die bawa balik phone yang sebijik macam anak-anak aku punya.
Pengasuh ni ceritala dekat mak budak ni… Mak die cikgu. Cikgu ni kata die nak Tanya dulu kat anak die, 2-3 kali Tanya tak ngaku last-last bila kakak die cite baru die nak ngaku… ha habis kau satu badan kene Bantai ngan bapak die termasuk ngan mak die sekali sebab nak cover anak.
Cikgu ni hantar Msg kat pengasuh nak bagi tahu anak die dah mengaku dan die minta maaf atas yang berlaku termasuk cikgu ni kata nak ganti balik h/p anak- anak aku.
Laling kata die bukan nak sangat benda tu tapi laling kata biar kite mak bapak ni tahu perangai anak-anak kite macam mana…. Kat umah lain kat sekolah lain… ngan kawan-kawan pun lain gak. Bila dah tahu anak ni macam mana sekurang-kurangnya kite dapat didik die dari awal. aku dengar budak tu kene bantai ngan bapak die kesian pulak la.... Harap NAJMI tak buat lagi yer.

Okla kite stop dulu.


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Air Sirap

Sementara tunggu laling ambik abang kat sekolah aku bersihkan laman rumah, Tengah nak bakar sampah anak-anak pun balik, abang terus masuk rumah kemas beg, bukak baju sekolah dan segala bagaila….
Tengah-tengah seronok menyapu:
Abang: ibu abang nak air sirap. (memang aku ade buat & simpan dalam peti ais)
Ibu: dalam peti ais.. abang keluarkan elok-elok jangan sampai tumpah
Abang: ok
Abang: ibu pastu nak buat ape?
Ibu: looo tuangla dalam cawan…bla..bla..bla… siap kerje aku masuk nak masak pulak.
Aku tengok mulut abang merah, aku Tanya
Ibu: abang minum air ape?
Abang: sirapla
Ibu: nape mulut abang sampai merah… setahu ibu takde sampai merah macam tu
Pastu die pun tunjukla kat aku yang die ambikbotol sirap dalam peti. YaAllah gelak kami satu rumah… anak aku minum pati sirapppppp. Aku Tanya sedap ke rasa die? Tak sedap tapi sebelum minum abang BACA BISMILLAH…. Ini orang pun ade ka???? sampai sekrang aku tak boleh lupa....

Pati ni anak aku minum











'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

16 Julai 2009

Erial TV

Meski kat umah uols semua dah tak pakai benda nikan? Mesti kuali besar yang duduk kat atas bumbung umah kan??? Sebenarnya erial yang lama dah jatuh timpa dek pokok buloh, makan bulan gakla erial lama tu bergayut kat pagar umah. Agak-agak gambar tak cantik laling aku tu larila keluar betulkan erial die….

Hari sabtu laling pergi KL terus beli sekali yang baru. Konon pakarla dalam bab-bab teknikal niiiii. Tengah-tengah panjat qohar datang

Qohar: apela yang kau susah-susah ni,baik kau pasang astro je senang baru bayar RM $$
Lalin: kalau aku pasang tengok kartun jela kang.
Qohar: sape suruh kau ambik channel kartun tu? Kau tak yah ambik 616, 615 blablabla
Laling: anak 2 aku dah lama suruh masukkan tapi aku tak nak
Qohar: Bla..bla..bla…
Laling: suka hatila kau nak cakap qohar.

Akhirnya berjaya gak laling aku pasang erial tu walaupun berpeluh-peluh, tapi sampai sekarang gambar tak cantik-cantik huhu.laling kata erial lama kat pagar gak gambar cantik…. Layan pic .

Meluruskan besi yang bengkok (pakai pagar je)

Setelah lurus

Yang Lama.. Antikkan????





'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

14 Julai 2009

Kenduri adik kawan laling

Niat pegi ni memang nak jumpa kawan-kawan (aku baca msg kawan laling hantar ) tu yang pegi lambat. Sampai sana okla orang masih ramai laki, pengantin belum tukar pakaian rasmi mereka lagi.

Laling & anak-anak layan gakla lauk kenduri, aku diet makan limau je ( sebenarnya perut dah penuh) member laling baru sorang sampai tapi tak bawa anak bini. Tetiba anak aku cakap

Angah: ibu, pengantin perempuan tu dosakan ibu?
Ibu: nape pulak?
Angah: sebab baju die nampak badan belakang…. Aku diam tak kata ape (budak pun tahu aurat)

Lepas makan member laling dating, semua tak bawa anak bini adussss takde kawan aku. Takpela layan jela anak–anak nak ambik gambar dengan pelbagai gaya. Kalau aku tak layan kang sah-sah budak – budak tu ajak balik, kesian pulak kat ayah dorang nak borak-borak ngan member.

Aku pulak takdela boring menunggu, entahla aku ok pulak semalam tapi tak tahan dengan karoke dari penyanyi –penyanyi yang ade bakat terpendam niiiii. Bingit telinga aku. Dekat pukul 5.15 baru kami balik.








macam-macam aksi anak sementara nak menunggu ayah dorang sembang-sembang. aku layankan aje sebab kalau aku tak layan mahu terbalik meja... aku bagi chan kat laling aku (aku memang baik huhu)


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

12 Julai 2009

Makan Tengahari



Hari ahad ade kenduri kat selayang tapi laling kata kite pergi pukul 2.30 petang sebab dah janji ngan kawan-kawan sekolah lama nak sembang-sembang. Kalau nak tunggu 2.30 @ tiga petang baru nak makan mana boleh tahankan???.
Aku yang malas ni kena jugakla masak..ate anak-anak nak makan ape??? Siap masak pukul 12.30 kami makan. Laling tak makan sebab mak die ajak pergi kenduri kat area situ gak. (kalau Ajak awal-awal takdela aku masak segala benda ni).





Gigih aku masak untuk family hehe






'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

11 Julai 2009

Dinner

Tetiba aku yang malas masak boleh rajin gara-gara siang tadi call anak2 kata tengah makan spaghetti.balik lepas ambik anak Siap segala barang aku pun memulakan tugas masak-memasak ni….
Tapi dalam pada masak2 tu sempat gak call muza nak Tanya tentang cara-cara nak buat benda alah tu (biasala orang tak pandai masak)akhirnya jadik jugala spaghetti aku tu walaupun tak cukup bahan
. Layan Pic



'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'




Ambik abang




Hari sabtu tadi abang ade kem Motivasi untuk pengawas start dari 7.15 sampaila 5.30. Laling pulak lepas zohor keluar gi KL nak jumpa Orang sebab kami nak beli tuttttt (nanti kalau dah beli aku bagi tahu) jadi aku la kene gi ambik anak.
Lepas asar je terus kuar … macam jauh sangat sekolah tu hahaha

Kat sekolah abang belum kuar lagi jadi dua beradik tu merata jalan diukurnya sampai menjerit aku nak panggil (pedulik ape haku orang dengar…geram!!!!) tunggu punya tunggu dorang boleh kutip bunga kat atas jalan duk main pengantin2 haha… layan pic yer.

Bila abang dah kuar siap bercerita lagi katanya semua orang nangis sebab cikgu kata kene ingat jasa orang tua, tak boleh lawan cakap mak ayah , nanti kalau mak ayah dah takde macam mana? Bla bla bla sampai masuk kete tak habis lagi citenya.aku hanya menjadi pendengar yang setia…


Angah Yang Mulakan

Adik Die nak jugak


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

09 Julai 2009

last puasa ganti

korang dah habis ganti ke belum?? jangan lambat2 tau bulan depan dah start ramadhan. tahun ni aku kene ganti sebanyak !% hari, letih weii... bukan aku suka2 tapi peod aku tak teratur, dah 2 tahun aku kene ganti banyak tu.
bila dah petang2 ni badan pun lemah, nak menaip pun macam berat sangat tangan nak gerak(alasan orang taknak buat kerje)

Dapat lelap kan best




'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

08 Julai 2009

KOngsi??

RM 15.90 tapi yang besar

benda alah ni asalnya baby yang nak dari kami pergi bercuti kat cameroon dulu. baru semalam ayah dorang belikan sebab surver punya pasal, kan nak baget hahaha. angah tak puas hati sebab ayah beli satu je, biasala anak no 2 memang tak boleh kongsi barang walaupun dengan ibu die. Dah puas menangis bagai barula boleh main same2. Layan pic yer

masing-masing nak skor

Sampai tak baca buku



'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

06 Julai 2009

Tranformers

Nampak bangunan ni baru anak2 tahu pegi mana
semalam bawa anak2 pegi tengok cerita ni, sebenarnya anak2 tak tahu nak pegi mana sebab kami tak bagi tahu. bukan ape ini kes beli tiket last minit, nasib baik kami sampai kat JJ kepong dalam pukul 10.30 gitu.. beratur punyala panjang tu belum lagi yang menunggu untuk masuk panggung.akhirnya dapat gak kami tengok walaupun orang dah masuk tapi still belum start cerita lagi.
Punya Ramai Umat manusia tengah Q

waduhhh pening aku tengok cerita ni, tak faham langsung tapi aku diam jela malas nak bising2 rupanya ayah dorang pun tak faham huhu. tak kisahla yang penting anak 2 faham.. sebab ape aku kata anak2 faham? cite ni 2 jam lebih memang lama giler. pastu yang baby sampai tertidur dek lama sangat.
Macam Tidur Malam

Langsung Tak perasan

Bila dah habis kejutkan baby sebab tak larat nak dukung daaa, die boleh tanya ape tau kat abang2 die...

Baby: angah tanpomers yang mati tadi hidup balik tak? huhu aku laki bini nganga

angah: hidup die buat bla..bla...bla.. (aku tak faham jalan cite so dengar jela)

keluar panggung masing2 kelaparan,so carila tempat makan yang sesuai & memenuhi citara anak2.. ok stop dulu nanti sambung.

'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'