Memaparkan catatan dengan label Raya 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya 2009. Papar semua catatan

21 Oktober 2009

Ahad pulak

Bangun awal masing-masing . dah puas tidur gamaknya.
Siap semua kerje rumah kami gi giant kota damansara nak cari dapur ,dalam kereta dah berbakul-bakul amaran aku letakkan dekat anak-anak. (kalau tak kata macam tu satu giant nak dibelinya)
barang takdela banyak sangat tapi bila bayar… laling geleng kepala huhu.
Time nak balik laling bawa anak-anak ke tempat permainan, aku tak tahu berapa banyak pulak laling terbang kan duit die kat dalam tu…
Aku duduk tepi penjuru jaga barang sambil layan FB (bagus punya bini)
Lepas zohor dalam pukul 2 macam tu pegi pulak rumah mak cik yang pernah jaga angah masa die masih kecik.
Aku stop hantar kat makcik ni sebab masa tu die mengandung… kesian pulak sebab die kata mabuk teruk sangat.
InyaAllah tahun depan anak-anak aku duduk dengan makcik ni balik dan aku pun tak susah hati lagi memikirkan keselamatan anak-anak.
Menu memang macam –macam ade sampai sendat perut kami anak- beranak… kalau angah ngan baby siap buat pelaburan lagi kat umah tu.
Dalam pada lepak-lepak kat umah makcik ni kawan laling call kata nak datang… ala malasnya aku nak masak…. Sebab petang nak ke shah Alam pulak makcik aku buat open House.
Tapi kesian pulak…. Ajak jela bang kataku .
Ha kau balik umah macam lipas kudung goreng bihun (macam susah sangat yer). Sebenarnya tak susah pun tapi last minit bagi tahu nak datang harusla kelam kabut makcik ni.
Lepas maghrib terus pecut pegi Shah Alam. Kalau lambat pegi balik lambat, esok anak-anak dah sekolah. Angah pulak dah start periksa.
Alhamdulillah sampai gak kami untuk mengisi perut. Dalam pukul 10 macam tu kami dah sampai rumah. Solat Isyak terus zzzzzz… esok kerje

Baby tengah layan....

2 beradik... abang tak tahu kat belah mana

Dekat rumah mak Angah

Angah & Mak



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Penghujung syawal

Memang 2 hari ni aku tak masuk dapur….
Hari sabtu setengah hari aje dekat masjid sebab JKKK buat jamuan. Laling terlibat dalam acara tersebut dan kami anak beranak datang time makan aje hehe (itupun laling call suruh datang bawa beteri kemera die)
Petang pulak pergi pristana rumah kawan laling buat makan-makan gak dan sambut birthday anak die.
Riuh rendah umah tu macam satu lorong buat party… biasala kanak-kanak bukan selalu dapat meraikan majlis macam tu.
Lepas tu pegi pulak umah kakak ipar kat kubu gajah… siap solat asar lagi kat umah die…(kes malas nak singgah umah dulu)
Sampai maghrib kami baru kami balik…. Malam tak payah susah-susah nak masak sebab masing-masing kekenyangan .Lepas isyak anak beranak tidur sampai pagi…. Kepenatanla sangat .

2Beradik tu kalau boleh nak tiup lilin

dah nak balik baru ingat nak makan



2 beradik yang kepenatan




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

15 Oktober 2009

Open House MHS Aviation (Dewan Politeknik Shah Alam)

Kamo menang yahoooooooooo
Aku lambat update sebab gambar kat member laling… kemera aku habis bateri
Tempat yang sama ngan kenduri, Kami kuar rumah lepas zohor…dalam perjalanan angah & baby tidur, sampai-sampai je angah mengamuk kata dekat sangat… nak pegi yang jauh… geram je aku dengar.

Bila ayah die bawa masuk dewan terus tuju tempat mewarna senyap terus mulut angah… ambik sorang satu kotak warna, kertas lukisan, cari tempat senyap!!!!!! Senang kerja aku laki bini.
Aku suapkan anak-anak sambil dorang duk mengala… kalau aku tak suapkan tak makan sebab dah jumpa kawan… lepas tu baru kami pulak makan.
Ade gak aktiviti untuk orang dewasa antaranya POP KUIZ dan PAKAIAN SEDONDON… kami menang tau… dapatla hadiah hamper..
Kalau ikutkan angah kat situ gak die nak baraikan isi perut hamper tu. Nasib baik lepas dipujuk angah dengar kata… kalau tak haru gak kami ni.
Aktiviti habis sepatutnya pukul 4 tapi laling dan kawan-kawan saje balik lewat sikit.... ate kata nak tapaukan. kene tunggula.lepas solat asar barula sunyi dewan tu sebab semua staff MHS dah balik
Satu keluarga (abaikan aksi mereka dan julingan mata angah)

Tengah tengah melayan kertas lukisan

Angah bersama barangan hamper

Baby pun sibuk gak ngan kertas lukisan



Laling ambik hamper dari CEO MHS

Kami yang kelaparan

Manusia dan kambing memang tak dapat dipisahkan

bergambar sebelum balik

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 Oktober 2009

Open House

Sabtu tadi dari pukul 3-6 kat umah mak ade buat jamuan hari raya, ramai gakla kawan-kawan mak, ayah dan kawan adik-adik yang datang.
Kawan aku sorang pun takde huhu… sah-sahla takde sebab sorang pun aku tak ajak… takde hatila nak ajak kawan sebab salah satunya laling tak balik lagi… pastu pulak laling pun tak tahu ade majlis ni ….ialah ikut plan mak nak buat hujung bulan. (macammana laling nak tahu asal call aje cerita pasal lain)
Kebetulan pulak hari tu satu hari laling tak call. Memang laling balik petang tu tapi makcik ni tak tahu pukul berapa…. Puas menungu akhirnya…(nanti sambung yer)
Antara Menu yang mak aku masak
Sudut ABC... (kalau angah ngan baby mulut tu memang dah penuh ngan sirap)


sudut karok pulak

antara yang menhadirkan diri


Aku dan angah (anak-anak tak tahu mana pegi daaa)


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

28 September 2009

aktiviti hari ahad

(Aku buat semua ni sebab tak nak teringat sangat kat laling..kalau tak nanti aku hujan lagi)
pagi tu dah siap segala kerje rumah, sidai kain, buat sarapan anak-anak, bagi ikan makan aku lepak kat umah mak mentua (mak mentua takde sebab die pun pergi sekali) akak ipar ade dan anak die pun balik.
bawala segala barang jahitan aku dan lepak sampai tengahari, balik rumah lepas tu masak untuk tengahari pulak. balik-balik arial tv pulak buat hal... dah bersemut-semut tv tu. (sape yang pernah baca N3 aku sebelum ni mesti tahu areal tv aku macammana)
dah siap makan pergi rumah mak pulak nak panggil adik minta tengok-tengokkan areal tu sebab aku memang tak pandai.
bila datang adik gelak besar die tengok areal tv tu huhu... buat-buat tak jadi last-last die layan cd.
dalam pukul 4 macam tu nak pergi rumah angah sebab die buat open hause, memula malas nak pergi sebab laling takde tapi hari tu sebelum laling pergi die pesan nanti pergila rumah angah... minta adik-adik bawa kete @ tumpang dorang.
dah pagi tu angah call suruh datang gak petang ni.sementara tunggu pukul 4 tu ingat nak sambung menjahit rupanya mak teh pulak datang (adik mak) lepak sampai pukul 4 dan aku pun pergi saujana tumpang mak teh.
sampai sana kamila orang memula sampai, tolong la buat ape2 yang patut sampaila makcik-makcik yang lain datang.
time nak balik tumpang mak pulak, kebetulan abg.cik nak cari katil kahwin die...ikutla kami anak-beranak semalam sampai ke rawang.
rasa bersalah gak sebab aku berjalan jauh-jauh tu laling tak tahu.. aku tahu laling takkan marah tapi bagi aku ape yang aku buat laling mesti tahu.
lagi pun takdela aku rasa sunyi sangat kalau duduk kat rumah je.
sampai rumah dalam pukul 7.30 macam tu tengok jiran sebelah takde... adusss makcik dah takut tapi buat muka selamba sebab tak nak anak-anak perasan.
Alhamdulillah dalam pukul 8 macam tu jiran balik... takdela takut sangat
Baby yang tak tahu diam
di satu sudut

husna ni bila dia bangun tidur mak die tak boleh buat ape dah... akula yang kene tolong mak die

Abang Cik & Tunang
salah satu kedai perabot yang kami singgah

makcik yang bosan tahap gaban huhu




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

24 September 2009

Hari Raya Hari Bahagia

Aku percaya semua blog kawan-kawan pun akan bercerita tentang sambutan hari rayakan???.
begitu jugak dengan aku, memang meriah bila kite dapat berjumpa dan berkumpul beramai-ramai dengan saudara.
tapi bagi aku raya kali ni tidakla gembira sangat rasanya...... raya keenam nanti laling dah nak terbang ke Jakarta selama 8 hari. Aku tak mampu nak menulis panjang.... layan pic yer.


Pagi Raya di rumah mak

ikut pangkat hingga menjadi bulatan

di rumah nenek menunggu giliran untuk bermaaf-maafan

sepupu lelaki

Raya ketiga


lepas ni mesti tuan rumah serik nak jemput kami huhu

salah satu jalan 'dalam' kat area tanjung karang

masing-masing jakun naik GL termasuk mak ngah huhu

sebahagian dari adik-beradik ayah

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'