Memaparkan catatan dengan label Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kahwin. Papar semua catatan

28 Disember 2009

Kenduri kahwin

Hari sabtu tadi lepas kerje balik solat terus pergi kuala kubu ade member sekolah kahwin.
Nak ikut rawang takut jalan jem, redah ikut highway keluar Tg. Malim (giler jauh)
Sampai umah kenduri hari pulak hujan selebat yang mungkin, nak tak nak turun jugakla.
Nasib baik lauk sedap he..he.. kire berbaloila walaupun jauh. Jumpala member sekolah yang dah hampir 10 tahun tak jumpa.
Time nak balik hujan dah agak reda tapi masa kat highway turun balik selebat-lebat hujan sampaila dekat umah.

Pengantin Lelaki adalah kawan sekolah kami semua...

Abaikan kaki seluar laling....



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

04 Oktober 2009

Ahad

Kerje aku membasuh dan terus membasuh dan menyidai kain selagi ade ruang kosong… haha lalingkan baru balik malam tadi, sah-sahla baju kotor die satu lori nak dibasuh.
Dalam pukul 11 macam tu pegi kenduri kat puchong makcik laling kenduri anaknya kahwin..
Alhamdulillah kami balik dalam pukul 2 lebih tu cuaca panas… keringla segala kain yang kami sidai.
Lepas tu acara melipatkan kain pun bermula… letih weiii nak lipat kain ni. Makcik memang tak minat kami kalau makcik tak buat…. Sapela nak tolong aku . harap laling???? Lepas solat zohor, pasang aircond…zzzzzzzz.
Lepas asar acara pusing kg. bermula semula selepas seminggu tergendala…. hehe.

Laling ngan keluarga pengantin

Aku ngan anak buah laling Suami isteri



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

14 Julai 2009

Kenduri adik kawan laling

Niat pegi ni memang nak jumpa kawan-kawan (aku baca msg kawan laling hantar ) tu yang pegi lambat. Sampai sana okla orang masih ramai laki, pengantin belum tukar pakaian rasmi mereka lagi.

Laling & anak-anak layan gakla lauk kenduri, aku diet makan limau je ( sebenarnya perut dah penuh) member laling baru sorang sampai tapi tak bawa anak bini. Tetiba anak aku cakap

Angah: ibu, pengantin perempuan tu dosakan ibu?
Ibu: nape pulak?
Angah: sebab baju die nampak badan belakang…. Aku diam tak kata ape (budak pun tahu aurat)

Lepas makan member laling dating, semua tak bawa anak bini adussss takde kawan aku. Takpela layan jela anak–anak nak ambik gambar dengan pelbagai gaya. Kalau aku tak layan kang sah-sah budak – budak tu ajak balik, kesian pulak kat ayah dorang nak borak-borak ngan member.

Aku pulak takdela boring menunggu, entahla aku ok pulak semalam tapi tak tahan dengan karoke dari penyanyi –penyanyi yang ade bakat terpendam niiiii. Bingit telinga aku. Dekat pukul 5.15 baru kami balik.








macam-macam aksi anak sementara nak menunggu ayah dorang sembang-sembang. aku layankan aje sebab kalau aku tak layan mahu terbalik meja... aku bagi chan kat laling aku (aku memang baik huhu)


'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

28 Jun 2009

Majlis Pertunangan

malam sabtu dapat sms dari makteh ajak pegi sabak bernam abang amat bertunang, aku ni ade laki so kene tanya laki dulula hehe. abang ok aku on je, pegila kami hari ahad pagi berkumpul kat umah mak long (mak abg. amatle)untuk sarapan dulu, janji pukul 9.30pagi dah gerak tapi biasala... pukul 10.30 baru jalan.


sampai kat pekan sabak singgah masjid nak kumpul balik semua... maklumla dorang ni kete beso2 laju pun tak terasa. dari masjid pegila ke umah pengantin perempuan, sampai ambikla tempat duduk masing2 dan bermula acara yang sepatutnya.Wakil dari Pihak Lelaki
Mak & mak teh

time nak sarungkan cincin mak long aku ni tak suka bergambar, so die suruh mak ngah aku sarungkan. nak tak nak mak ngah pun sarungkanla tapi mak long ingat die boleh terlepas dari kemera ke... sorry ambik ko haha.

ni dia Pengantin Perempuan
ni die mak long aku yang pemalu

tengah2 makan lepas acara ade saudara belah perempuan ni datang (kire kes lewat sampaila), aku dengar ayah aku tanya2la ngan lelaki ni tapi takdela aku bagi tumpuan 100% ape yang ayah aku soal. tetiba
ayah: along kuar simpang lima tahun berapa?
aku: 1998
ayah: along kenal cikgu ni?
aku: HA.... (alamak cikgu sape pulak ni
ayah: Alim
aku: segan wei... diam aje
lepas makan time nak balik konon2 nak ngelah dari cikgu tadi... hampeh siap sound lagi "sape yang sekolah simpang lima tu?" senyumla balik... tak jadi nak lari. pastu tanyala sebab aku nak pastikan betul ke cikgu Alim seperti yang diperkatakan, sebab tah bertahun tinggalkan sekolah pastu cikgu pun dah beruban, berkopiah putih, badan pun macam dah berisi sikit, jadi kite ni tak cam sangat (jahatkan aku) sempatla aku ambik gambar ngan cikgu buat kenangan.
ni die Cikgu aku

Seperti biasa kalau sampai belah sabak bernam mesti nak singgah sungai besar... (lebur lagi duit laki aku) dapatla aku beli seluar anak2 ngan kemeja aku satu. time ni hari dah masuk zohor kami pegi solat jamak kat masjid simpang lima, bersih masjid die sebab masih baru lagi.
dalam kete abang macam dah ngantuk aku nak bawa kete die tak yakin, so die teruskan
sampai jeram sebab abang nak makan cendul(sedap wei cendol die). lepas makan kami pun balik ke rumah dan badan pun macam dah lembik je semua...biasala kalau jalan jauh macam tula.
ok itu je yang mampu aku muatkan untuk kali ini..bye.




'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

15 Januari 2009

28/12/2008













Bersawang daaaa
hehehe.... lama dah rasanya tak update blog kite ni,


sibuk memanjang.... pastu pulak anak2 dah start sekolah lagi teruk....


sebelum bukak sekolah adik pulak kahwin... penatnya tak tahu la nak cite macam mana, Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..





15 Disember 2008

06/12/2008 Tambun, Perak




Adik no 3 kahwin.... kami pegi 1 keturunan pegi naik bas, takdela penat sangat.


tapi sayang bas kami lambat.... tak dapatla tengok live adik nikah


sampai sana dah dekat pukul 12 tgh, perut masing-masing dah lapar... apelagi tak sempat nak berarak dengan pengantin pegi makan dulu hehehe


bila pengantin sampai kami keluar dari khemah pergi mengiring pengantin pulak....

04 Disember 2008

Kahwin BB

Ni kisah bulan 11, anak buah suami kahwin... buat dekat Dewan Melati Perbadanan PutraJaya... kire kami datang macam tetamula..... tak payah nak sibuk-sibuk masuk pinggan & layan tetamu hehehe.... bila pengantin berarak dengan paluan kompang bergemalala bunyi satu dewan.... tapi satu part yang tak boleh lupa bila angah & baby buat perangai cantik