25 April 2009

Cuti Sekolah bulan 3











salam semua.....

lama rasanya dah tak update blog ni... sekarang rajin pun sebab member 2 tengah sibuk ngan blog masing2. tapi sebenarnya blog ni hak kite dan sukala bila2 pun tak kisah nak update @ tidak betul tak?
ok, cuti sekolah baru ni baru ni ambik cuti sehari bawa anak -anak berjalan. malamnya bawa anak pergi tengok GENG.. hahaha gamat panggung dibuatnya... al maklum orang tak pernak tengok "TV" besar. yang kecik asyik nak suruh balik aje... bila dah start cite baru diam. Esoknya bawa anak2 pergi PETROSAINS, Abangla paling suka sebab banyak permainan & pelajaran yang die dapat.ok kite stop dulu kat sini, nanti sambung yang lain pulak.... apepun enjoy dengan gambar sebagai bukti... poyo je.

15 Januari 2009

bersantai....







Hujung minggu tadi pegi ke Pantai Remis Jeram, Selangor.... Saje berjalan bawa anak2 melihat keindahan Alam, Pergi dengan makcik & kakak Sepupu.....lepas penat berjalan pegila ke kedai makan konon nak makan kerang bakar.... punyala ramai orang tak tahu nak kata.... tapi warung ni makanan die memang sedap

sesi Persekolahan 2009




Tahun ni Abang dah masuk darjah 2, kesian bile tengok pelajaran anak..... Angah 6 Tahun masih lagi di PASTI dan Haziq 4 Tahun InsyaAllah kalau takde masalah bulan feb ni masukkan ke D'Hati. Antara gelagat Abang di hari pertama persekolahan

28/12/2008













Bersawang daaaa
hehehe.... lama dah rasanya tak update blog kite ni,


sibuk memanjang.... pastu pulak anak2 dah start sekolah lagi teruk....


sebelum bukak sekolah adik pulak kahwin... penatnya tak tahu la nak cite macam mana, Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..





15 Disember 2008

The Datai Langkawi







Percutian yang paling best kami pergi....



pegi naik keretapi balik naik kapal selam hehehe kapal terbang daaaa



rasanya semua tempat kami pegi lawat kecuali telaga Tujuh tak sampai kekemuncak....



penat gilerrr. sanggup kami turun balik, tak mampu nak mendaki....






06/12/2008 Tambun, Perak




Adik no 3 kahwin.... kami pegi 1 keturunan pegi naik bas, takdela penat sangat.


tapi sayang bas kami lambat.... tak dapatla tengok live adik nikah


sampai sana dah dekat pukul 12 tgh, perut masing-masing dah lapar... apelagi tak sempat nak berarak dengan pengantin pegi makan dulu hehehe


bila pengantin sampai kami keluar dari khemah pergi mengiring pengantin pulak....

04 Disember 2008

Kahwin BB

Ni kisah bulan 11, anak buah suami kahwin... buat dekat Dewan Melati Perbadanan PutraJaya... kire kami datang macam tetamula..... tak payah nak sibuk-sibuk masuk pinggan & layan tetamu hehehe.... bila pengantin berarak dengan paluan kompang bergemalala bunyi satu dewan.... tapi satu part yang tak boleh lupa bila angah & baby buat perangai cantik