10 Jun 2009

Demam da....

masa dekat cameron hari tu Baby selsema tapi takdela teruk cuma time nak tidur malam hidung tersumbat sikitla. Balik hari sabtu petang hidung kite pulak yang berair... dah lepas isyak satu badan sejuk tapi biarkan ajela sebab dah nak tidur pun, pasal isnin kerje.

hari isnin dari pagi sampai petang badan sakit-sakit, hidung pulak dah macam nak melecet aku gosok hehehe... dalam pukul 2 petang aku makan ubat demam 1 biji okla tahan sampai balik rumah. malam tidur pun macam tak lena sebab tersumbatkan...

bangun pagi mandi solat siapkan anak & hantar kat umah pengasuh aku pergi klinik (tak boleh tahan da...) dapatla aku MC untuk hari selasa, bestla sebab aku boleh kemas rumah... balik klinik call hubby bagi tahu dapat MC pastu korang tahu die kata ape"nape ibu tak minta 2 hari?"hehehe ingat ayah kite punya klinik....
Call anak2 pulak bagi tahu aku nak ambik pukul 10.30 pagi
ibu: hello abang
abg: nape ibu call cepat sangat?
ibu : demam
abg: ibu dah pegi klinik
ibu: dah
ibu: pukul 10.30 jap lagi ibu ambik sebab ibu nak kemas umah jap.
abg: yeaaaaaa ibu ambik cepat...
(pastu pas HP kat angah)
angah: ibu demam ke?
ibu: yer
angah: ibu nanti kene tidur tak?
ibu: tak.. (takut betul suruh tidur sebab kat umah orang tu kene tidur)
(pastu baby pulak)
baby: ibu....
ibu: yer...
baby: nape ibu ambik kiteorang cepat sangat?
ibu: baby nak balik ke tidak?
baby: nakla...bla..bla..
ibu: dahla ibu nak balik dah ni, jap lagi ibu ambik yer...
seronok anak-anak aku, balik umah kemas & basuh ape 2 yang patut lepas tu pergi ambik anak... Ok sekian untuk kali ni, bye




08 Jun 2009

Cuti-cuti malaysia

hari ketiga 06/06/2009

hari ni last kami kat sini, lepas cek out dalam pukul 10.30 kami pun gerak nak balik ikut simpang pulai, saje nak merasa sebab datang ikut tapah. rasa menyesal pun ade ikut simpang pulai ni sebab jauh sangat... pastu panas pulak tu. kalau ikut tapah tu ade gak redup die. jalan pun takdela jem macam ikut sini.
kami singgah kejap kat ladang teh BOH, YAALLAH jalan tu kalau selisih ngan bas aku tak tahu macam mana rupa die... kecik sangat jalan tu... sampai kat ladang penat gakla sebab kene jalan pulak lepas tu nak pegi tengok kilang teh, sebenarnya takde ape pun kat situ, tapi saje nak tunjuk kat anak2 sekurang2nya diaorang tahu macam mana teh tu datang dari mana....
lepas keluar dari ladang terus balik, punya jauh nak sampai ke highway tu tak tahu nak kata. anak2 semua tidur sebab kata dorang pening kepala... aku pun pening gak tapi takut nak tidur sebab nanti driver takde teman pulak hehehe...
itu je catatan aku untuk kali ni... jangan muak pulak korang baca ye......


Cuti-cuti malaysia

Hari Kedua 05/06/2009

kami sarapan sendiri, lepak kat beranda hotel sambil menahan sejuk. dalam pukul 10.00 kami keluar pegi tanah rata tak tahu nak bawa anak2 pegi mana.... dekat 10 kali pusing kat tanah rata last2 pegi taman permainan (rasa macam menyesal pegi sini). tengahari makan kat medan selera tanah rata, dah penat balik bilik suruh anak2 tidur tapi tak tidur2 ayah die yang tidur.
pukul 4 kami pegi balik BIG RED STROWBERRY anak nak makan aiskrim..... pastu kami pegi surver mana2 kedai yang jual ole2 yang murah sekali.... semua tak lawan harga pasar malam die, ade satu kedai tu jual murah giler.

lepas maghrib kami pergi pasar malam belila ape2 yang patut nak bagi kat orang tua & kawan2. keadaaan pasar malam memang riuh tapi kite kene tengok ape barang yang kite nak beli sebab pasar tu campur semua bangsa. ade satu gerai tu ingat nak beli jagung die sebab tengok melayu yang jaga, rupanya toikei die cina tak jadi nak beli. malam ni kami makan seafoad, tak tahu sedap ke tidak tapi habisla kami makan... mungkin sebab terlalu sejuk kut malam tu.... balik bilik kami terus tidur.

Cuti-cuti Malaysia

Cuti sekolah kali ni lama dalam 2 minggu gitu, cakap ngan abang kite bawa anak2 pegi cemeron sebab ibu pun tak pernah sampai sana (30 tahun hidup tak pernah sampai lagi) bibik mak mentua pun dah sampai... mana acikan. so abang pun surverla mana2 hotel yang kami boleh tinggal. ok kat sini aku ceritakan serba sedikit perjalanan sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami di sana.

Cemeron Highland

hari pertama 04/06/2009

kami bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi asalnya kata 6.30 ikut highway (kami ni jarang jalan jauh maklumla orang takde kg) bulan 12 hari tu pergi tambun adik kahwin tapi kami naik bas, jadi kami tak tahu ape2. dalam perjalanan sampai kat R&R Behrang minyak tu kire okla untuk sampai ke R&R yang seterusnya. lepas 2-3 R&R takde jumpa stesen minyak, aku dah pesan isi minyak tapi suami kata "boleh lagi" bila dah nak kering minyak tu baru kelam kabut. 2-3 kali call member die tanya stesen yang terdekat, aku diamkan aje. akhirnya sampai gak kami kat R&R Tapah,Alhamdulillah kalau tidak ade yang kene tolak kete.





lepas isi tangki tu kami pun keluar ikut tapah, singgah sarapan kat pekan tapah sebelum meneruskan perjalanan mendaki bukit. dah separuh jalan kepala pulak pening tapi aku boleh tahan lagi. baby yang teruk sikit (macam die bawa kete)kami singgah kat air terjun lata kinchang tapi takdela mandi cuma angah & baby je "K" sejuk giler air die.

kami sampai kat bilik awal lebih kurang dalam 11.30 macam tula, sepatutnya masuk pukul 2.00 tapi dorang bagi gak kami masuk, bolehla rehatkan badan sementara tunggu zohor.

dalam pukul 2.30 kami kuar pegi makan katmedan selera pekan Brincang(tak sedap langsung). nak tak nak makan jela sebab dah order. pastu kami pegi ke BIG RED Strawberry, besar juga la tempat ladang tu, kami takde beli ape pun sebab masih ade satu hari lagi.bila dah penat balik bilik rehat dulu tunggu nak pegi pasar malam pulak.

dalam 6.30 petang kami kuar pegi pasar malam, konon malam ni nak makan benda kat pasar malam je, kami pun beli la ayam dan segala bagai makanan bawa balik bilik. bila time makan ayam punyala keras ayam tu macam boleh di campak2. last buang je semua.....










18 Mei 2009

Meja


Korang tahu tak ape fungsi meja ni dengan kehidupan aku? setelah lama mencari dan tercari- cari akhirnya semalam suami dapat belikan meja kecik ni... sebenarnya meja ni aku gunakan untuk menjahit manik, jadi takdela sakit pinggang & tengkuk lagi dek terbongkok-bongkok nak mencari manik.TQ Sayang.

Desa Water Park




Sebenarnya pegi ke water park ni minggu lepas lagi, biasala orang malas nak update blog.... jadila macam ni. suka buat, tak suka biarkan bersawang hehe.... Yang bestnya pegi kali ni orang tak ramai, tak pernah jumpa lagi macam ni keadaan di water park, apepun lain gambar yang tak berapa cantik ni

02 Mei 2009

Rozali Cafe 30/04/2009



khamis malam jumaat baru ni kami sekeluarga pergi makan kat Restoren Rozali Cafe sebab aku punya Voucher tak pakai lagi. lepas solat maghrib kami pun keluar nak menuju ke kota Damansara, sampai je kat sana belum sempat turun kete anak sulong aku tanya

Abang: Ibu kite nak makan kat mana?

Ibu: Restoren tepi tu

Abang: Tak bolehla ibu kite makan kat situ

Ibu: kenapa?

Abang: kan kat situ ade tulisan cina.... terkene aku.....

aku pun terangkan kat anak2 aku yang rozali cafe ni Office aku punya. walaupun bos die cina tapi tukang masak die semua melayu.... biasala BOSS aku tak cukup tengok batang paip, ikan, sayur, dapur semua kalau boleh die nak tengok.. macam tula, biasala manusia mana ade yang puas dengan satu benda aje betul tak??

kami pun masuk dan orderla ape2 yang kami rasa nak makan, sementara menunggu tu BOS aku ni perasan so die pun tegurla kami anak-beranak.bla..bla.. bla... korang tahu ape anak aku cakap!!!!

Baby: ibu! ibu kata bos ibu cina, nape die cakap melayu???

ibu: rasa macam nak gam je mulut si kecik tu...

Baby: oooo bos ibu boleh cakap 2 yer? melayu & cina?

ibu: a'ah... nasib baik baby cakap slow, kalau kuat mau bos pecat aku hahahaha....

lepas makan terus bla....