22 Jun 2009

borak kosong

cerita 1

suami:sejuk je baring kat sini
isteri :ialah kat simen memangla sejuk
suami:bu picitkan kepala... sambil hulur tigerbum
isteri :bang, petang ni kite kemaskan belakang umah yer...
suami:jom sekarang!!!!
isteri : poyo.... last-last tidur

cerita 2

phone aku bunyi
Call: Assalamualaikum P.Ernie
aku: yer saya
Call: saya nak tembah jahitan untuk baju pengantin boleh?
aku: nak bila? sebab aku ade 3 helai nak kena siapkan minggu ni...
Call:bulan 7
aku: ok takpe
Call: boleh jumpa tak?
aku: hari ni tak bolehla ( petangkan janji nak kemas umah)
Call: bolehla kak, saya dari damansara..bla..bla..bla... kite jumpa kat pasar paya jaras?
aku: jap nak tanya abang
aku: ok boleh tapi dalam pukul 6.30 boleh?
Call: boleh. kami pun nak makan dulu
pas kemas rumah kami pun pegila kat tempat yang di janjikan...bila sampai dah jumpa orangnya hubby kata:
suami: die panggil ibu ape?
aku: kakakla...
suami: sape kakak sebenarnya? huhu (jahat mulut suami aku)

cerita 3

abang: ayah, boleh tak hari ni kite makan KFC?
ayah: kan baru lepas makan kat umah along?
abang: ala... abang nak makan kat restoren Jejastas... abang tak nak bungkus.
ayah: ialah tapi abang kene belanja ayah?
abang: ala ayah ni... last2 pegi gakla kami ke jejastas sg. buloh tu walaupun dah muak sebenarnya

19 Jun 2009

Matematik



semalam petang aku buat roti telur, sambil masak kemasla ape-ape yang patut.
angah: ibu angah nak masuk bilik air
ibu : cepat jangan main air nanti basah.
angah: iyerla angah tahu.bla.bla.bla
dah selesai angah keluar bilik air die boleh kata kat adik die
angah: baby angah mandi
baby: ibu baby nak mandi jugak
ibu: mana ade angah mandi, tengok angah pakai baju lagi( aku dah hangin dengan angah)
baby: baby nak mandi jugak
ibu: badan peluh2 mana boleh mandi. pastu nanti nak pegi ambik abang pulak
baby: sape ambik abang? (die ni kalau ayah ambik abang jarang nak ikut, alasannya nak temankan ibu)
ibu: ayah.
baby: ala...bukan ibu yang ambik.. baby nak mandi jugak
ibu: kalau nak jugak mandi, sejukkan badan nanti jangan ikut ayah, dengar tak ibu kata?
baby: iyerla baby tahu
aku pun siapkan roti telur & baby pun dalam bilik mandi
baby: ibu cakap ngan sape?
ibu: takde sape (sebenarnya ayah die baru balik)
baby: tu baby dengar ibu kata 'abang'2 (ayah die pergi intai bilik air)
baby: ooo ayah dah balik
baby: ayah mandikan baby boleh tak? bla.bla.... sampaila siap mandi.
time nak pegi ambik abang baby boleh kata nak ikut, geram je aku ngan budak ni.last bagila ikut ayah tapi dengan syarat jangan turun motor.
Balik dari ambik abang,angah menjerit'ibu abang dapat hadiah'yang abang dah senyum2. rupa2nya cikgu math die bagi hadiah, bagus cikgu tu sebab memberi semangat kat pelajar-pelajar untuk terus belajar.
okla bertemu die lain waktu

aktiviti harian

Seperti biasa habis kerje pukul 5 balik terus ambik anak, kadang2 kat umah pengasuh anak tengah tidur, makan dsb. lepas ambik terus balik umah nak kemas rumah,kemas barang sekolah anak unutk esok, solat asar dan sewaktu dengannya.

aku ni ade ketika rajin masak adela makanan kat atas meja, kalau malas hehe... makcik nasi lemak kat depan umah tu dah tahu sangat kalau laki aku pegi kedai die. ade satu hari tu kami borong sampai 6 bungkus nak makan kat umah kakak ipar, boleh makcik tu kata kat laki aku' kau borong banyak nasi lemak ni nak bawa balik kampung ke? hehe manala kami ni ade kampung, tula kampung kami.'

petang 6.30 anak pulak balik sekolah, masuk umah bukan reti nak kemas kasut.... membebel mulut aku bari die kemas, asal masuk je tanya ibu masak ape hari ni.... kesian abang penat die satu hari sekolah. jenis anak yang sulong ni, dia tak boleh kite ambik die kat sekolah lambat. mula die menangis.... sedangkan die SEORANG PENGAWAS ok. ade satu hari ayah die datang ngam2 murid keluar kelas, abang boleh kata kat sorang kawan die..(berdasarkan ape yang kawan die cerita)

Abg: alif tunggu abang yer

alif: kenapa?

abg: ayah abang tak datang lagi

alif: nak gelak tapi tahan

alif: sepatutnya abang yang jaga alif, bukan alif jaga abang sebab abang PENGAWAS!!!

abg: ala tunggula kejap hehe...

okla aku stop dulu nanti sambung lagi. bye

10 Jun 2009

Demam da....

masa dekat cameron hari tu Baby selsema tapi takdela teruk cuma time nak tidur malam hidung tersumbat sikitla. Balik hari sabtu petang hidung kite pulak yang berair... dah lepas isyak satu badan sejuk tapi biarkan ajela sebab dah nak tidur pun, pasal isnin kerje.

hari isnin dari pagi sampai petang badan sakit-sakit, hidung pulak dah macam nak melecet aku gosok hehehe... dalam pukul 2 petang aku makan ubat demam 1 biji okla tahan sampai balik rumah. malam tidur pun macam tak lena sebab tersumbatkan...

bangun pagi mandi solat siapkan anak & hantar kat umah pengasuh aku pergi klinik (tak boleh tahan da...) dapatla aku MC untuk hari selasa, bestla sebab aku boleh kemas rumah... balik klinik call hubby bagi tahu dapat MC pastu korang tahu die kata ape"nape ibu tak minta 2 hari?"hehehe ingat ayah kite punya klinik....
Call anak2 pulak bagi tahu aku nak ambik pukul 10.30 pagi
ibu: hello abang
abg: nape ibu call cepat sangat?
ibu : demam
abg: ibu dah pegi klinik
ibu: dah
ibu: pukul 10.30 jap lagi ibu ambik sebab ibu nak kemas umah jap.
abg: yeaaaaaa ibu ambik cepat...
(pastu pas HP kat angah)
angah: ibu demam ke?
ibu: yer
angah: ibu nanti kene tidur tak?
ibu: tak.. (takut betul suruh tidur sebab kat umah orang tu kene tidur)
(pastu baby pulak)
baby: ibu....
ibu: yer...
baby: nape ibu ambik kiteorang cepat sangat?
ibu: baby nak balik ke tidak?
baby: nakla...bla..bla..
ibu: dahla ibu nak balik dah ni, jap lagi ibu ambik yer...
seronok anak-anak aku, balik umah kemas & basuh ape 2 yang patut lepas tu pergi ambik anak... Ok sekian untuk kali ni, bye




08 Jun 2009

Cuti-cuti malaysia

hari ketiga 06/06/2009

hari ni last kami kat sini, lepas cek out dalam pukul 10.30 kami pun gerak nak balik ikut simpang pulai, saje nak merasa sebab datang ikut tapah. rasa menyesal pun ade ikut simpang pulai ni sebab jauh sangat... pastu panas pulak tu. kalau ikut tapah tu ade gak redup die. jalan pun takdela jem macam ikut sini.
kami singgah kejap kat ladang teh BOH, YAALLAH jalan tu kalau selisih ngan bas aku tak tahu macam mana rupa die... kecik sangat jalan tu... sampai kat ladang penat gakla sebab kene jalan pulak lepas tu nak pegi tengok kilang teh, sebenarnya takde ape pun kat situ, tapi saje nak tunjuk kat anak2 sekurang2nya diaorang tahu macam mana teh tu datang dari mana....
lepas keluar dari ladang terus balik, punya jauh nak sampai ke highway tu tak tahu nak kata. anak2 semua tidur sebab kata dorang pening kepala... aku pun pening gak tapi takut nak tidur sebab nanti driver takde teman pulak hehehe...
itu je catatan aku untuk kali ni... jangan muak pulak korang baca ye......


Cuti-cuti malaysia

Hari Kedua 05/06/2009

kami sarapan sendiri, lepak kat beranda hotel sambil menahan sejuk. dalam pukul 10.00 kami keluar pegi tanah rata tak tahu nak bawa anak2 pegi mana.... dekat 10 kali pusing kat tanah rata last2 pegi taman permainan (rasa macam menyesal pegi sini). tengahari makan kat medan selera tanah rata, dah penat balik bilik suruh anak2 tidur tapi tak tidur2 ayah die yang tidur.
pukul 4 kami pegi balik BIG RED STROWBERRY anak nak makan aiskrim..... pastu kami pegi surver mana2 kedai yang jual ole2 yang murah sekali.... semua tak lawan harga pasar malam die, ade satu kedai tu jual murah giler.

lepas maghrib kami pergi pasar malam belila ape2 yang patut nak bagi kat orang tua & kawan2. keadaaan pasar malam memang riuh tapi kite kene tengok ape barang yang kite nak beli sebab pasar tu campur semua bangsa. ade satu gerai tu ingat nak beli jagung die sebab tengok melayu yang jaga, rupanya toikei die cina tak jadi nak beli. malam ni kami makan seafoad, tak tahu sedap ke tidak tapi habisla kami makan... mungkin sebab terlalu sejuk kut malam tu.... balik bilik kami terus tidur.

Cuti-cuti Malaysia

Cuti sekolah kali ni lama dalam 2 minggu gitu, cakap ngan abang kite bawa anak2 pegi cemeron sebab ibu pun tak pernah sampai sana (30 tahun hidup tak pernah sampai lagi) bibik mak mentua pun dah sampai... mana acikan. so abang pun surverla mana2 hotel yang kami boleh tinggal. ok kat sini aku ceritakan serba sedikit perjalanan sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami di sana.

Cemeron Highland

hari pertama 04/06/2009

kami bertolak dari rumah pukul 7.15 pagi asalnya kata 6.30 ikut highway (kami ni jarang jalan jauh maklumla orang takde kg) bulan 12 hari tu pergi tambun adik kahwin tapi kami naik bas, jadi kami tak tahu ape2. dalam perjalanan sampai kat R&R Behrang minyak tu kire okla untuk sampai ke R&R yang seterusnya. lepas 2-3 R&R takde jumpa stesen minyak, aku dah pesan isi minyak tapi suami kata "boleh lagi" bila dah nak kering minyak tu baru kelam kabut. 2-3 kali call member die tanya stesen yang terdekat, aku diamkan aje. akhirnya sampai gak kami kat R&R Tapah,Alhamdulillah kalau tidak ade yang kene tolak kete.





lepas isi tangki tu kami pun keluar ikut tapah, singgah sarapan kat pekan tapah sebelum meneruskan perjalanan mendaki bukit. dah separuh jalan kepala pulak pening tapi aku boleh tahan lagi. baby yang teruk sikit (macam die bawa kete)kami singgah kat air terjun lata kinchang tapi takdela mandi cuma angah & baby je "K" sejuk giler air die.

kami sampai kat bilik awal lebih kurang dalam 11.30 macam tula, sepatutnya masuk pukul 2.00 tapi dorang bagi gak kami masuk, bolehla rehatkan badan sementara tunggu zohor.

dalam pukul 2.30 kami kuar pegi makan katmedan selera pekan Brincang(tak sedap langsung). nak tak nak makan jela sebab dah order. pastu kami pegi ke BIG RED Strawberry, besar juga la tempat ladang tu, kami takde beli ape pun sebab masih ade satu hari lagi.bila dah penat balik bilik rehat dulu tunggu nak pegi pasar malam pulak.

dalam 6.30 petang kami kuar pegi pasar malam, konon malam ni nak makan benda kat pasar malam je, kami pun beli la ayam dan segala bagai makanan bawa balik bilik. bila time makan ayam punyala keras ayam tu macam boleh di campak2. last buang je semua.....