22 Disember 2009

Cuti-Cuti Malaysia

hari kedua 15/12/2009
Anak-anak bangun agak lewat sikit tapi tak kisahla sebab hari ni memang seharian untuk water park.

Bergambar sebelum Basah

Dalam pukul 10.00 macam tu kami dah Q nak masuk water park… bila bukak gate tu macam kambing lepas kandang.ha..ha..ha..

kite pusing dulu kata laling

Cari tempat nak letak barang lepas tu anak-anak ngan laling terjun le…..
Mak long tak mandi, so… diela yang kene jaga segala barang.

semua gaya dan aktiviti ade

Dalam pukul 2.00 macam tu baru kami semua naik, lepas salin baju barula nampak muka kepenatan.

masing-masing dah bertukar warna kulit

Time tula baru kata nak makan… masa berendam takde sorang pun nak minta nasi.
Keluar cari nasi bungkus, balik bilik makan, lepas tu zzzzz…… nyeyak .

Nak angkat mata pun tak lepas

Petang dalam 5.30 turun pulak ke kolam. Sesi membasahkan kembali pakaian yang dah kering tadi.
Malam tak kuar makan sebab balance lauk & nasi tengahari masih ade.
Lepas solat isyak macam tu kuar pegi ke ruang jeti uatma ade aktiviti untuk kanak-kanak.

Antara Aktiviti di waktu malam

Lepas tu kami pegi naik boat keliling tasik dan terus die bawa ke Eko Park… tapi kami rasa puas berbanding pergi waktu siang sebab ade Ranjer yang bawa kami dan ade sesi bagi makan haiwan.
Balik bilik dalam 10.30 macam terus tidur…..


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

2 ulasan:

SITI berkata...

syok nyer berjalan....

jom singgah kat umah saya...

area sg buloh leh COD

atty's berkata...

beshnya mandi2 manda ..