29 Disember 2009

3 Hari 2 Malam

Nak nangis ke???? Rasanya tak kut he..he… sebab laling tak pergi jauh pun.
Tapi 2 malam tu pening jugak memikirkan sape yang boleh temankan kami anak beranak kat umah ni.
Sebenarnya laling kene pergi Kursus JKKK kat Sepang sane tu.

Pagi tadi hantar anak-anak angah dah mengaruk tak tentu hala… baby ok je.
Marah sebenarnya ayah tu pergi kursus....

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

28 Disember 2009

Kenduri kahwin

Hari sabtu tadi lepas kerje balik solat terus pergi kuala kubu ade member sekolah kahwin.
Nak ikut rawang takut jalan jem, redah ikut highway keluar Tg. Malim (giler jauh)
Sampai umah kenduri hari pulak hujan selebat yang mungkin, nak tak nak turun jugakla.
Nasib baik lauk sedap he..he.. kire berbaloila walaupun jauh. Jumpala member sekolah yang dah hampir 10 tahun tak jumpa.
Time nak balik hujan dah agak reda tapi masa kat highway turun balik selebat-lebat hujan sampaila dekat umah.

Pengantin Lelaki adalah kawan sekolah kami semua...

Abaikan kaki seluar laling....



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

27 Disember 2009

Cuti hari Jumaat

Hari ni takde kemana-mana Cuma pergi daftar haziq sekolah je… tak jauh mana pun tapi kene book dulu…
Dah settle tadika haziq balik umah siapkan keperluan sekolah anak-anak.
Siap semua beg sekolah keb & Agama complete laling kemaskan dan aku tinggal tulis nama dan no phone ayah kat depan beg.
Dengan beg abang sekali kene tulis (ayah die suruh buat jugak) bukan ape pun… untuk kemudahan cikgu dan anak-anak jugak.
Ingat semalam nak bawa anak-anak pergi gunting rambut… tapi kedai acheh tu penuh saje umat lagi-lagi budak –budak sekolah.
Sudahnya sampai hari ni belum botak lagi. Takpela ade masa lagi nak selesaikan kepala 3 DOREMI tu he..he..he..

Memudahkan kerje Cikgu...




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

26 Disember 2009

Anak CT ke?????????

Laling balik malam Tinggal aku ngan anak-anak kat umah.
Lepas isyak dah puas tengok TV ingat nak sembur nyamuk kat bilik.sekali nak masuk nampak benda kecik je kat depan pintu.
Puas telek tapi tak dapat agak. Nampak macam dah mati sebab langsung takde gerak.
Ambik gambar dan hanta MMS kat laling, tak lama pastu laling call kata mungkin anak CT. aku pun tengokla sekali lagi…. Rupanya masih hidup.
Menggigil kepala lutut sebab takut. Suruh laling call adik dating umah nak buang binatang tu.
Laling kata tekup je ngan bekas supaya tak gerak.nanti balik laling buang.
Aku buat je ape yang laling suruh sebab memang aku takut & geli.
Dalam pukul 11.00 macam tu laling balik terus buang kat belakang umah.

sekali tengok macam dah mati

duduk kau dalam tu sampai laki aku balik!!!!!!!



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

25 Disember 2009

System Down

Hari ni dah masuk hari keempat UBS tak boleh masuk…. Banyak kerje semua kena buat manual.
Nasib baik Internet laju ha..ha…ha…
Setakat nak issu Cek @ Voucher boleh lagi tapi kalau nak tengok Outstanding…. Memang menangis!!!!!!!.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

24 Disember 2009

Mee goreng mamak

Bulan lepas kalau tak salah aku lepas balik kedai mamak terus aku loya tak tentu hala.
Taubat tak nak makan kat mamak… laling pun dah pesan tak payah gatal nak makan kat kedai mamak.
Hari ni entah aoe gatai nak jugak makan mee goreng mamak tapi kedai lain pulak.
Hambek kauuuu balik office naik tangga pun tak larat…. Pening, loya, letih semua cukup.
Nape yer aku tiap kali makan mee mamak jadi macam ni????.

Lepas ni serik la kut haha.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

23 Disember 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Hari last 16/12/2009
pagi lagi anak mak long dah terjun kolam, anak-anak aku tak lepas lagi sebab tunggu ayah dorang balik beli sarapan kat luar.
Dalam 8.30 macam tu baru anak-anak pergi kolam dengan laling. Mandi sepuasnya sampai pukul 11.00.
Balik bilik mandi, kemas barang. Pukul 12.15 kami cek out. Tak terus balik tapi pergi naik chair lift.
Keluar bukit merah terus jumpa jumpa hentian rehat Semanggol. Kami semua makan & solat kat situ.
Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur yang beratus-ratus kilometer. Kalau tengok signboard tu ngerila….
Anak-anak tidur sampaila ke rawang baru bangun.
Kami sampai rumah awal petang tapi cuaca baru lepas hujan lebat….
Habisla cerita percutian kami…. Sekarang operasi basuh kain pulak ha..ha..ha..


Walaupun Matahari dah bersinar.... mandi tetap mandi




memang best tapi aku ni penakut

Permandangan dari Atas

Bergambar Sebelum Balik

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'