17 Julai 2009

Air Sirap

Sementara tunggu laling ambik abang kat sekolah aku bersihkan laman rumah, Tengah nak bakar sampah anak-anak pun balik, abang terus masuk rumah kemas beg, bukak baju sekolah dan segala bagaila….
Tengah-tengah seronok menyapu:
Abang: ibu abang nak air sirap. (memang aku ade buat & simpan dalam peti ais)
Ibu: dalam peti ais.. abang keluarkan elok-elok jangan sampai tumpah
Abang: ok
Abang: ibu pastu nak buat ape?
Ibu: looo tuangla dalam cawan…bla..bla..bla… siap kerje aku masuk nak masak pulak.
Aku tengok mulut abang merah, aku Tanya
Ibu: abang minum air ape?
Abang: sirapla
Ibu: nape mulut abang sampai merah… setahu ibu takde sampai merah macam tu
Pastu die pun tunjukla kat aku yang die ambikbotol sirap dalam peti. YaAllah gelak kami satu rumah… anak aku minum pati sirapppppp. Aku Tanya sedap ke rasa die? Tak sedap tapi sebelum minum abang BACA BISMILLAH…. Ini orang pun ade ka???? sampai sekrang aku tak boleh lupa....

Pati ni anak aku minum











'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

4 ulasan:

Softtouch [Hanim] berkata...

wakakkakka...lawaklah anak kak erni..cian dia..dahaga punya pasal smpai pati srap dia minum..he he he..mesti xsdp sbb dia xmanis kan?

Ernie berkata...

memang lawak....

myjull's berkata...

farah bace terkekek kekek kat opis nih, smpi bos tegur..aduh kelakar lah kak...

Ernie berkata...

kami kat umah lagi tak tahan tengok mulut die