19 Julai 2009

Siapa?????

Lepas makan malam sambil tengok anak –anak baca buku aku duk menjahit manik, tengah-tengah best menjahit dengar sayup-sayup orang bagi salam kat pagar. Laling jawab salam & bukak pintu nak tengok siapala agaknya yang datang.

Laling: yer cari siapa?
Wanita: a.aa..aaa…ermm
Laling: ernie yer? (baget die orang nak tempah manik
Wanita: a’ah
Aku pun stop jahit dan pegila tengok… yer saya (aku pun terus tengok kat tangan wanita kut2 bawa kain tapi die bawa plastic merah dalam tu ade biskut) poyo je kan????
Wanita: mak baby yer?
Aku: baby? Haziq ke?
Wanita: anak ade hantar kat umah lorong lapankan??
Aku: ooooo mak NAJMI yer?jemput masuk kak…
Wanita: takpela…

wanita ini terus bercerita dari mula sampaila anak die kene rotan, laling kata buat ape bagi tahu suami sebab anak dah mengaku? Wanita ni kata kena gak bagi tahu bla..bla..bla…

Rupanya pagi esoknya (malam kene bantai kaw-kaw ngan bapak die) najmi datang awal dan pakat ngan kawan baik die nak cek kat semua laci meja dan akhirnya jumpa h/p anak aku balik. (sambil mak najmi hulurkan phone tu kat aku) Alhamdulillah jumpa…

Lagi sekali wanita ni minta maaf bagi pihak anak die… sedih pulak aku tengok masa die cakap tu dan wanita ini terus berlalu pergi sambil menutup pagar rumah aku balik huhuhu (harusla sebab dia yang bukak)

Bagus cikgu ni sebab die tak malu nak jumpa kami dan mengaku pasal anak , katanya “akak ni cikgu selalu tengok perangai anak-anak orang lain tapi perangai anak sendiri akak tak tahu sampai macam ni” aku respect ngan ibu yang jenis macam ni.

dah barai h/p ni tapi masih boleh pakai







'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

6 ulasan:

Softtouch [Hanim] berkata...

akhirnya bertemu juga balik hp itu...kesian bdk tu kene bantai..

Ernie berkata...

memang teruk muza.. sampai nak angkat beg letak kat bahu pun tak lepas

edyan7 berkata...

harap2 dia serik... panjang lagi masa dia nak paham apa yang betul dan salah tu...

sian pulak aku baca ernie... rotan sikit2 dah lah kot.. seram lak aku... tapi terpulang lah pada mak abah dia.. anak dorang... cara dorang nak didik cam ne...

Ernie berkata...

betul tu yan. tu laling aku tegur mak budak ni nape bagi tahu bapak die. bapak die warden penjara sg. buloh.

myjull's berkata...

mak ai...bapak warden penjara...jgn igt anak pun banduan..sian dia kak...

Ernie berkata...

betul fara cian sangat kat budak tu. kata pengasuh tak cukup tali pinggang bapak die bantai pakai kasut pulak.