31 Ogos 2009

Kesan Main Futsal

Awal bulan lapan hari tu laling ade lawan Futsal. First time ok main benda alah tu.balik rumah sampai seminggu kaki belah kiri sakit,lepas tu adela kurang sikit sampaila semalam.
Kebetulan hari ahad ade buat masjlis untuk fakir miskin dan laling terlibat same untuk menjayakan majlis tersebut.
Entah macammana tengah angkat speker kaki kiri tu boleh termasuk dalam longkang...tapi longkang tu takdela dalam mana pun...longkang biasa. Lagi sakitla kaki kawan tu.
Petang tu pegi PMC sebab laling dah tak tahan, Alhamdulillah orang tak ramai,ha ambik kau kene cucuk kat buntut hehe… gelak anak-anak tengok ayah dorang kene cucuk… alhamdulillah lepas tu laling ok sikit nak berjalan.(boleh ajak shopping lagi lepas ni)
Dr bagi MC 2 hari tapi laling taknak,hangin je aku dengar..last-last aku kata kat Dr bagi 1 hari la Dr… (aku pulak yang pandai-pandai yer)


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

27 Ogos 2009

Baju lagi

Kali ni owner nak depan depan baju sahaja, tangan tak payah sebab dah ade getah. Harap tuannnya boleh terimala ape yang aku dah buat..

Yang ni pulak lain tuannya… buat kat lengan baju dan leher sahaja.nak yang simple –simple je.. kire okla tapi tangan bajunya lebar sangat…



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Baju je???

Petang semalam lepas mandi aku pakai baju tidur yang dah lama tersimpan. Sementara tunggu waktu berbuka aku menjahit sikit…. Tetiba
Baby: ibu! Baju ibu cantikla... dah lama ibu tak pakai baju ni.
Aku : baju ibu aje ke yang cantik?
Baby: takla… seluar ibu pun cantik
Aku: ibu cantik tak?
Baby :ibu tak cantik … baju ibu je cantik.
sentap aku ok… poyo jekan.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

26 Ogos 2009

Gatai daaaa

Bila agak-agak dah penat menjahit aku tutup kedai (ayat laling).sementara nak tunggu bilik sejuk sajela nak cuci mata tengok catalog cael dion.
3 beradik tu terus stop main bola nak tengok sekali, bukan main lagi menelek buku-buku tu macam nak periksa esok. Pastu boleh pulak bila nampak model kat dalam catalog tu kata awek abangla, awek angahla… macam di ajar-ajar je anak-anak ni.
habis semua benda dalam catalog nak di beli

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

25 Ogos 2009

Manik lagi dan lagiiii

Baju ni aku tak kenal langsung sape ownernya, kak uji call Tanya dah siap ke belum sebab kak ji nak balik boleh ambik sekali… gagahla aku menyiapkan manik tabor tu…
Siap nak buat kak uji pulak… dah separuh jalan buat kak uji kata akak bawa banyakla bla..bla..bla.. pening aku weiiiii…… layan pic yer
Kawan kak uji

Saje buat kat bahagian atas

dekat sikit

Kak Uji... same jugak buat tabur tapi tambahan bunya dan daun



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Konon puasa

Angah pesan suruh abang kejutkan, angah nak sahur ‘gelap-gelap’. Abang balik masjid dekat 6.20 baru kejutkan angah. Ingatkan tak bangun sebab hari2 lepas kejut tak bangun.
Rupanya betul bangun… tak tahu ayat ape yang abang pakai sampai angah boleh bukak mata then turun katil hehe
Layan orang yang konon-konon nak posa … belum 7.30 dah jerit nak susu. Takpela sekurang-kurangnya angah dah boleh bangun awal… esok kene cuba lagi supaya angah biasa…..

Tengok Makanan pun tak lalu

Banyak ni angah nak makan

ini orang sahur pukul 7.30 pagi yer kawan-kawan


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

24 Ogos 2009

Staff MSG

Cuci mata pagi-pagi yer
Baju ni jenis kain ape pun aku tak tahu….dan teramatla nipisnya senipis kulit bawang bila terkena air. Minta dibuat dari paras bahu hingga ke pinggang.
Pikir sampai nak tanggal kepala daaa. Akhirnya terhasilla design ini… harap-harap owner baju ni berpuas hati..

bahagian pinggang

leher & tengah baju

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'