08 Disember 2009

Sambung Shopping

Pagi ahad lepas sarap hantar angah tusyen kat Saujana Utama,
kata pengurus kalau di ikutkan memang start belajar hari tu jugak. Kami tunggu sampai 10.15 sorang cikgu pun tak sampai lagi.
Laling siap masuk kete sambung zzzzzzzz.
Bila mak bapak budak dah ade yang balik baru pengurus tu bagi tahu aku yang hari mungkin tak dapat nak teruskan kelas.
Die kata nanti bayaran kite potong untuk satu hari yang tak belajar.
Balik umah suruh anak-anak basuh muka, laling luruskan ape yang patut.. hehehehe .
Pergi pulak pusat pakaian hari-hari kat Bandar baru…. Kes seluar takde saiz semalam kan…..
Start mengamuk lagi nak beli beg sekolah. Seperti biasa kami diamkan aje.
Belah tengahari banyaknya jemputan kahwin, paling selamat pergi lepas solat zohor. Senang takde pikir nak berhenti solat.
Cuaca pulak kejap panas kejap mendung… pegi je mana yang sempat.
Bila petang takde buat ape aku keluarkan beg sekolah yang tersimpan tu untuk dibasuh. Baru diam mulut angah…. Siap pilih beg untuk sekolah Keb.& Agama.

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Tiada ulasan: