13 Oktober 2009

Bill phone anak menguji kesabaran laling.

Kami pakai line celcom 1+5. aku ngan anak-anak standard bulanan mesti dalam 6@7hengget aje.
Sekali hari ape tah aku tak ingat bill sampai tengok-tengok total sampai seratus lebih… bill laling pun paling tinggi 60 je.
Time laling kat Jakarta hari tu adela aku bagi tahu hal ni, laling kata takpela nanti balik die tengok.
Balik dari Jakarta terus tengok bill anak… punya hangitla kawan tu siap berselawat sebab nak kawal kemarahan hehe….
Tak cukup malam siang esoknya sambung balik call celcom nak suruh stop entah ape benda yang masuk dalam inbox tu.
Nak kata anak aku sand benda-benda yang kene bayar ni memang dorang tak pandai sebab yang dorang tahu call ibu & ayah sahaja… kalau SMS masuk anak-anak akan kata`tepon kite bunyila’ tu je… nama nak bukak inbox tu memang tak pandai.
Kami tak nak la tuduh sape2 tapi bila Tanya anak-anak sape ade minta nak pegang phone tu adela anak-anak cite…
Yang best kat sand item tu takde ape-ape sebab malaun tu dah delete siap…. Sekali sand 3 hengget… lepas tu bila benda alah tu sand ke kite balik pun kene caj gak 3 hengget…. Kalau balas ke kite tu sekali takpe…. Ini sehari dekat 10 kali hantarnya… korang bayangkan 3 hengget X 10 dah berapa??? Itu baru satu hari.
Call Celcom macam-macam pulak alasan yang die bagi … katanya memang dah tak boleh stop…
Hari isnin laling dah tension sampai die pergi sendiri ke celcom cente….. segala isi hati laling curahkan…. tadah jela telinga pihak celcom.




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebena
ran'

11 Oktober 2009

Kenduri kahwin

Hari sabtu tadi pergi ke politeknik shah alam …. Jalan punyala jem tak tahu nak kata macam mana… agaknya masing-masing nak mengejar open house..
Kawan laling buat kenduri kahwin untuk anak die yang sulong..
Lepas makan kenyang-kenyang kami nak ke kota damansara pulak sebab kawan aku pulak kahwin… tapi satu masalah kami kad tak bawa.
Jalan dah memang jem kedua-dua hala pastu otak pulak kene perah nak memgingatkan alamat rumah pengantin..
Alhamdulillah sampai jugak kami ke rumah fara… nasib baik kat kota damansara… gagah jugakla laling cari… kalau kat tempat lain sorry…. Balik rumah tidur lagi bagus huhu.
Boleh di katakana hari sabtu tadi memang takde kat umahla… balik dari rumah fara singgah solat kat umah tutup tingkap segala pergi pulak sri petaling open house anak buah laling…
Balik dari sri petaling singgah pulak giant kota damansara nak beli kasut angah & baby sebab esok office laling ade buat open house dan ade aktiviti… kesian pulak kalau anak-anak pakai selipar spiderman
Balik rumah mandi siap semua anak-anak tidur aku menggosok baju kerje + baju nak pakai esok pulak….
12.30 zzzzzz tidur. letih sungguh haku hari ni.

Kawan masa kat Simpang Lima

Jangan tak caya... bunga kat meja tu siap bawa balik..


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

07 Oktober 2009

sesi pengira kutipan anak-anak

Mesti kawan-kawan semua dah settle kire duit anak-anakkan?aku ni lambat kire sebab menunggu buah hati balik hehe
Bila dah balik dan malam tadi anak-anak pun dah tidur aku pulun membuka sampul sorang-sorang….
Yang laling pulak tengah duk kire bayaran untuk kad credit… sebelum sampai due date… kalau idak nanti ade yang kene caj…
Alhamdulillah dah settle kad credit aku kerah tolong aku pulak sebab mata aku dah tak larat nak angkat… ngantuk gilerrrr
Dah siap bukak sampul nak susun pulak.. letih betul tapi dek sebab anak-anak dah tidur jadi laju sikitla buat kerje tu.
Kire semua campur bahagi 3 beradik dapat total ayah akan tambah bagi genap then tunggu masa laling masuk bank . tutup buku anak-anak untuk tahun 2009
.

Time menutup Angpau

Time Membuka Angpau

Semua penyata bank ade





~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

04 Oktober 2009

Ahad

Kerje aku membasuh dan terus membasuh dan menyidai kain selagi ade ruang kosong… haha lalingkan baru balik malam tadi, sah-sahla baju kotor die satu lori nak dibasuh.
Dalam pukul 11 macam tu pegi kenduri kat puchong makcik laling kenduri anaknya kahwin..
Alhamdulillah kami balik dalam pukul 2 lebih tu cuaca panas… keringla segala kain yang kami sidai.
Lepas tu acara melipatkan kain pun bermula… letih weiii nak lipat kain ni. Makcik memang tak minat kami kalau makcik tak buat…. Sapela nak tolong aku . harap laling???? Lepas solat zohor, pasang aircond…zzzzzzzz.
Lepas asar acara pusing kg. bermula semula selepas seminggu tergendala…. hehe.

Laling ngan keluarga pengantin

Aku ngan anak buah laling Suami isteri



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

03 Oktober 2009

Penantian ku berakhir

Sekitar jam 7.15 malam sambil menunggu anak-anak mandi h/p bunyi… tengok no tak kenal tapi belasah ajela angkat.
Call: Assalamualaikum
Aku: W.Salam
Call: Abang ni… pakai phone ahem(abang laling) h/p abang nak on je tadi bateri habis
Aku: BB ngan dila ambik abang
Abg: ape plan kite esok? (belum ape-ape dah nak bawa anak bini jalan)
Aku: nak pergi mana?
Abg: tak kisahla… ibu nak gi mana?
Aku: takde manala…. Esokkan makcik abang kenduri pastu eroi adela jemput datang umah mak die.
Abg: okla esok kite pegila…. Stop.
Lebih kurang dalam 9.25 malam kut laling sampai rumah… sementara menunggu laling balik sempatla aku menggosok baju semua baju sekolah+baju kerje+ baju nak jalan esok.
(syukur Alhamdulillah laling dah selamat tiba)

Untuk anak-anak

Untuk ibu katanya
yang ni laling kata saudara dekat jakarta bagi


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

Open House

Sabtu tadi dari pukul 3-6 kat umah mak ade buat jamuan hari raya, ramai gakla kawan-kawan mak, ayah dan kawan adik-adik yang datang.
Kawan aku sorang pun takde huhu… sah-sahla takde sebab sorang pun aku tak ajak… takde hatila nak ajak kawan sebab salah satunya laling tak balik lagi… pastu pulak laling pun tak tahu ade majlis ni ….ialah ikut plan mak nak buat hujung bulan. (macammana laling nak tahu asal call aje cerita pasal lain)
Kebetulan pulak hari tu satu hari laling tak call. Memang laling balik petang tu tapi makcik ni tak tahu pukul berapa…. Puas menungu akhirnya…(nanti sambung yer)
Antara Menu yang mak aku masak
Sudut ABC... (kalau angah ngan baby mulut tu memang dah penuh ngan sirap)


sudut karok pulak

antara yang menhadirkan diri


Aku dan angah (anak-anak tak tahu mana pegi daaa)


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

01 Oktober 2009

Berbaloi-baloi

Ingat tak hari tu aku ade cite pasal contest ? memang berbaloi sangat sebab keputusan untuk peraduan ‘Milo untukmu Malaysia’ dah keluar.
Alhamdulillah laling dapat hadiah kedua. Kalau dapat hadiah pertama tak payah kami pening-pening nak cari tempat percutian hujung tahun ni.
Laling dapat basikal BMX termasuk semua peralatan keselamatan asas dan Aksesori bernilai dalam RM 1,669.00
Syukur Alhamdulillah dan sekarang kami tunggu keputuan untuk CoffeMate pulak huhu
.

Semangat waja nak tunjuk hehe




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'