30 September 2009

Baby rhindu sangat ngan ayah

Malam tadi laling call dapatla anak-anak borak ngan ayah mereka. Segala macamla soalan budak-budak tu Tanya sampai letih ayahnya nak menjawab.
Bila time nak tidur sambil cerita pasal ayah tetiba baby cakap “baby rhindu sangat ngan ayah, nape ayah balik lambat lagi? Nanti ayah balik baby nak cium ayah banyak kali”
Lagi sedihla aku ni dengar die cakap… nasib baik dalam bilik tu aku dah tutup lampu, kalau idak mesti dorang namapk aku hujan huhu.

ape pun aku kene kuat demi anak-anak


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

28 September 2009

aktiviti hari ahad

(Aku buat semua ni sebab tak nak teringat sangat kat laling..kalau tak nanti aku hujan lagi)
pagi tu dah siap segala kerje rumah, sidai kain, buat sarapan anak-anak, bagi ikan makan aku lepak kat umah mak mentua (mak mentua takde sebab die pun pergi sekali) akak ipar ade dan anak die pun balik.
bawala segala barang jahitan aku dan lepak sampai tengahari, balik rumah lepas tu masak untuk tengahari pulak. balik-balik arial tv pulak buat hal... dah bersemut-semut tv tu. (sape yang pernah baca N3 aku sebelum ni mesti tahu areal tv aku macammana)
dah siap makan pergi rumah mak pulak nak panggil adik minta tengok-tengokkan areal tu sebab aku memang tak pandai.
bila datang adik gelak besar die tengok areal tv tu huhu... buat-buat tak jadi last-last die layan cd.
dalam pukul 4 macam tu nak pergi rumah angah sebab die buat open hause, memula malas nak pergi sebab laling takde tapi hari tu sebelum laling pergi die pesan nanti pergila rumah angah... minta adik-adik bawa kete @ tumpang dorang.
dah pagi tu angah call suruh datang gak petang ni.sementara tunggu pukul 4 tu ingat nak sambung menjahit rupanya mak teh pulak datang (adik mak) lepak sampai pukul 4 dan aku pun pergi saujana tumpang mak teh.
sampai sana kamila orang memula sampai, tolong la buat ape2 yang patut sampaila makcik-makcik yang lain datang.
time nak balik tumpang mak pulak, kebetulan abg.cik nak cari katil kahwin die...ikutla kami anak-beranak semalam sampai ke rawang.
rasa bersalah gak sebab aku berjalan jauh-jauh tu laling tak tahu.. aku tahu laling takkan marah tapi bagi aku ape yang aku buat laling mesti tahu.
lagi pun takdela aku rasa sunyi sangat kalau duduk kat rumah je.
sampai rumah dalam pukul 7.30 macam tu tengok jiran sebelah takde... adusss makcik dah takut tapi buat muka selamba sebab tak nak anak-anak perasan.
Alhamdulillah dalam pukul 8 macam tu jiran balik... takdela takut sangat
Baby yang tak tahu diam
di satu sudut

husna ni bila dia bangun tidur mak die tak boleh buat ape dah... akula yang kene tolong mak die

Abang Cik & Tunang
salah satu kedai perabot yang kami singgah

makcik yang bosan tahap gaban huhu




~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

26 September 2009

Saat Yang memilukan

poyo je tajukkan????
waktu yang dinanti sudah pun sampai.... laling pergi jakarta selama 8 hari. sejak berkahwin selama 8 tahun ni aku tak pernah kene tinggal... sekali kene sampai 8 hari.... menangis tak berlagula makcik kat umah ni.
laling kata bukan abang nak pergi berperang pun.... (benci je ayat ni bila dengar) tapi dek sebab tak pernah pisahkan.... tu yang sedih giler-gilerla konon huhu
masa hantar laling kat kamuter sg. buloh, air mata aku ni memang tak boleh di bentung lagi sepanjang jalan.lagi-lagi time nak salam ngan anak-anak. baby yang tak suka ayah cium pun boleh bagi ayah cium pipi then nangisla 3 beradik tu.
aku ingatkan laling kebal... ialahkan kata bukan nak pergi perang pun.... mengalir gak air mata laling masa pesan ngan anak-anak.
apepun semoga laling selamat pergi dan selamat pulang.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

24 September 2009

Hari Raya Hari Bahagia

Aku percaya semua blog kawan-kawan pun akan bercerita tentang sambutan hari rayakan???.
begitu jugak dengan aku, memang meriah bila kite dapat berjumpa dan berkumpul beramai-ramai dengan saudara.
tapi bagi aku raya kali ni tidakla gembira sangat rasanya...... raya keenam nanti laling dah nak terbang ke Jakarta selama 8 hari. Aku tak mampu nak menulis panjang.... layan pic yer.


Pagi Raya di rumah mak

ikut pangkat hingga menjadi bulatan

di rumah nenek menunggu giliran untuk bermaaf-maafan

sepupu lelaki

Raya ketiga


lepas ni mesti tuan rumah serik nak jemput kami huhu

salah satu jalan 'dalam' kat area tanjung karang

masing-masing jakun naik GL termasuk mak ngah huhu

sebahagian dari adik-beradik ayah

~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

15 September 2009

Angah exciden….

Hari ni aku buka posa kat umah mak lagi sebab laling buka kat luar dan angah pun kalau hisyam tak balik die akan buka kat rumah mak then baru balik saujana.
Kebetulan semalam pengasuh yang menjaga anak-anak angah cuti sebab ade kematian. Afnan tinggal kat rumah nenek dan husna ikut ibu die pegi kerje huhu…. Balik petang aku dah call mak awal-awal yang aku datang lewat sikit sebab nak ambik abang balik sekolah.
Dekat pukul 6 angah tak gak sampai rumah… rupanya exciden kat jalan duta. Banyak kete yang kene sebab brek emergency dan kerete depan angah langsung takde lampu brek belakang… jadi macam mana angah nak tahu die jalan ke , brek ke…. Sebab memang takde tanda.
Angah cite ramai betul yang tukang duk tarik kete offer nak buat… tapi angah keras sebab tunggu adik datang . nasib baik khairul belum kuar office (office pun area situ gak)
Khairul datang tengok ape yang patut,then die follow angah dari belakang.
Kami kat rumah risau sangat dengan husna, tapi alhamdulillah kata angah husna tidur sepanjang jalan . layan pic sebab aku tak tahu nak kata ape dah.


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

14 September 2009

buka posa kat rumah mak

Hari ahad tadi aku jumpa mak kata nak buka posa kat umah… rupanya angah pun same nak buka sekali kat rumah mak… yang paling seronok tentula ayah aku sebab tengok anak menantu die semua ade.
Suami angah ni kerje kat trolak, jadi 2 hari sekali baru balik jumpa anak bini…. Sah-sahla jarang jumpa mak ngan ayahkan.
Buka kami makanla ape-ape kuih yang ade sebab nak kejar maghrib… lepas solat tak sempat tunggu ayah ngan laling balik masjid…. Terus makan nasi .
Layan pic yer

semua mak masak



~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'

13 September 2009

Cuci mata lagi yer

Kali ni aku buat semua kain chiffon. Memang sakit jiwa nak menggayakan kain tu. Apepun aku berjaya gak menyudahkan semuanya. Layan pic yer

kain lining nak buat yang simple sahaja

Bahagian Leher

Bunga Labuci


~Ok Berjumpa Kite diLain N3~
'CINTA jadi mulia jika cintakan kebenaran'